KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Januari 16, 2011

ANUGERAH KHAS Q RUKUN TETANGGA 2010

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana KRT Taman Utama telah terpilih menerima Anugerah Khas Q Rukun Tetangga 2010 sempena Majlis Anugerah Q Tahun 2010 oleh JPNIN Negeri Kedah yang telah dilangsungkan pada 15 Januari 2011 di SP Inn, Sungai Petani Kedah.

Majlis penyampaian Anugerah Q yang bermula pada jam 3.00 petang itu telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin. Dalam ucapannya dimajlis tersebut, beliau telah menggariskan beberapa sasaran utama beliau untuk KRT Kedah bagi tahun 2011 yang perlu diberi perhatian oleh semua ahli KRT. Antaranya ialah meningkatkan aktiviti SRS, menjana ekonomi Jiran Muda dan program latihan kepada AJK KRT agar mencapai tahap yang lebih efisyen dan profesional dalam mentadbir urus KRT yang kian menumpukan kepada penggunaan IT.

Majlis ini telah dihadiri oleh AJK KRT dari seluruh Negeri Kedah yang kini mempunyai 300 buah KRT. KRT Taman Utama telah diwakili oleh Setiausahanya, En. Yahya b. Abd Raof.

Selain aktiviti dan program yang dijalankan oleh KRT Taman Utama sepanjang tahun 2010, pengiktirafan ini juga adalah berdasarkan 3 kriteria lain yang dimiliki oleh KRT Taman Utama iaitu mempunyai laman web / blog, program inovasi mendirikan Pusat Rukun Tetangga secara bergotong royong dan program ekonomi kitar semula bersama pihak environment IDAMAN Sdn Bhd.

Semoga pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin kepada semua AJK KRT Taman Utama bagi menjana pelbagai aktiviti yang lebih hebat dan lebih komersial bagi tahun 2011 ini.

Terima kasih kepada semua AJK yang bersama dan bersatu dalam mengembeling tenaga menjalankan aktiviti untuk warga Taman Utama. Terima kasih juga kepada seluruh warga Taman Utama yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada setiap aktiviti dan program yang dirancang oleh Jawatankuasa selama ini. Sesungguhnya tanpa sokongan dan komitmen warga Taman Utama kejayaan seperti ini tidak mungkin mampu diperolehi.

Terima kasih juga kepada Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin yang banyak membantu KRT Taman Utama bagi merealisasikan projek inovasi iaitu pembinaan Pusat Rukun Tetangga. Tidak dilupakan penghargaan terima kasih kepada Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, Puan Noorassemah bt. Abdullah dan Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, En. Mohd Shafirul b. Abdul Sattar yang banyak memberi dorongan dan bimbingan kepada KRT Taman Utama.

Akhirnya tidak dilupakan kepada pihak media massa yang sering memaparkan aktiviti KRT Taman Utama didada akhbar mereka terutama kepada akhbar Sinar Harian yang mengelolakan kolum berita komuniti. Terima kasih daun keladi kepada Cik Shahnie Farhana dan Cik Maria Uffa !!! Jasa kalian tetap dikenang ....

Semoga barisan jawatankuasa utama KRT Taman Utama sessi 2011 / 2012 yang bakal dilantik pada akhir Januari 2011 ini nanti akan lebih melonjakkan lagi imej dan martabat KRT Taman Utama dimata umum.

Setiausaha bergambar kenangan di atas pentas majlis.

Ketibaan Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah.

Penolong Pengarah JPNIN Kedah, Puan Suria bt. Baharom sedang memantau kakitangan JPNIN yang mengendalikan pendaftaran peserta. Hai En. Saad, kontrol manco nampak ....

Peserta sedang menyanyikan lagu Negaraku dan 1 Malaysia.

En. Ismail b. Zakaria, PPD Daerah Kubang Pasu dan Pn. Noorassemah bt. Abdullah, PPD Daerah Kota Setar. Terima kasih En. Ismail, mantan PPD Daerah Kota Setar yang banyak membantu menentukan hala tuju KRT Taman Utama semenjak penetapan KRT Taman Utama tahun 2004...

Tuan Pengarah sedang menyampaikan amanat beliau.

Setiausaha KRT Taman Utama sedang menerima sijil penghargaan.

Salah seorang Peronda SRS dari KRT Daerah Kuala Muda menerima cek pampasan bernilai RM 19,000.00 kerana mengalami kemalangan sewaktu menjalankan aktiviti rondaan SRS.

Setiausaha bergambar kenangan bersama Tuan Pengarah dan PPD Daerah Kota Setar. Turut serta ialah Pengerusi KRT Taman Sri Derga Fasa 1, En. Ahmad Tarmizi b. Abdul Aziz yang menerima Anugerah Q SRS. Terima kasih Bang Mat kerana selalu melayari blog KRT Taman Utama....

Bersama Jiran Wanita KRT Taman Sri Kota, Jalan Kuala Kedah. Wow ! cantik lah baju korporat Jiran Wanita mereka ....

Bersama Pn. Noorassemah bt. Abdullah, PPD Daerah Kota Setar dan AJK Jiran Wanita KRT Taman Sri Kota.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin