KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, November 03, 2011

MAJLIS TAZKIRAH IBADAH QURBAN DAN BACAAN YASIN & TAHLIL


Program ini merupakan aktiviti anjuran bersama Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama dan KRT Taman Utama. Majlis telah diadakan pada hari Khamis, 3 November 2011 di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Program 3 dalam 1 ini bermula dengan majlis bacaan Yasin dan tahlil oleh Jiran Wanita selepas solat Maghrib yang diketuai oleh Ustazah Puan Rogayah bt. Ramli, Setiausaha Jiran Wanita KRT Taman Utama bagi menunaikan hajat Puan Rasinah bt. Hasan untuk roh arwah suami dan kedua ibubapanya.


Selesai majlis dan solat Isyak, program diteruskan pula dengan tazkirah khas berkaitan ibadah Qurban yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Sarbani b. Saad, Pegawai Agama Jabatan Penjara Alor Setar, diikuti dengan sessi soal jawab berkaitan Qurban dan Aqiqah.


Untuk menjayakan program ini, sebanyak RM715.00 telah berjaya dikumpul hasil sumbangan dari 34 orang penduduk termasuk RM200.00 sumbangan Pn. Rasinah bt. Hassan bagi majlis bacaan Yasin dan tahlil. Menu yang disediakan pada malam tersebut ialah Mee Kari Nyonya. Kerja-kerja memasak menu ini diketuai oleh En. Munawir b. Ismail, AJK Pakatan Taman Utama.


Terima kasih kepada semua penduduk yang menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program bersama ini. Terima kasih juga kepada Yang Berbahagia Ustaz Sarbani yang menyampaikan tazkirah dan tidak ketinggalan, terima kasih juga kepada Ustazah Pn. Rogayah dan Pn. Hajah Sofiah yang mengetuai bacaan Yasin dan tahlil.



Yang Berbahagia Ustaz Sarbani sedang menyampaikan tazkirah.


Majlis bacaan Yasin dan tahlil Jiran Wanita.





Sedang khusyuk mendengar tazkirah.







En. Munawir b. Ismail dibantu oleh Pn. Syarifah Nab-iee yang mesra dengan panggilan Mak Pah sedang memproses bahan mentah untuk penyediaan Mee Kari Nyonya.



Suasana sewaktu majlis tahlil dan bacaan Yasin Jiran Wanita.





Jiran Wanita menjamu selera di belakang dan tepi dewan.







Kaum lelaki bersantai di luar dewan apabila selesai tazkirah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin