Pada hari Sabtu, 4 Februari 2012, KRT Taman Utama telah menyertai majlis sambutan Maulidur Rasul 1433H peringkat Qaryah Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang berhampiran Taman Utama. Seramai 81 orang Tunas Jiran dan Jiran Muda, 14 Orang Peronda SRS dan 18 orang Jiran Wanita telah menyertai perarakan selawat yang bermula dari Restoran Tat Nasi Ayam, melalui Taman Utama dan berakhir di Masjid Al-Hussain Seberang Pumpong.
Peronda SRS turut terlibat mengawasi peserta disepanjang perarakan tersebut dalam jarak lebih 1.5 kilometer. Lalu lintas perarakan turut dibantu oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis DiRaja Malaysia yang telah dihubungi oleh En. Shaharudin Saad, Penolong Setiausaha yang bertugas di jabatan tersebut.
Lantaran geran kewangan untuk tahun 2012 masih belum diterima, ramai penduduk telah menghulurkan sumbangan derma wang ringgit bagi menampung kos sambutan majlis ini seperti penyediaan sepanduk, bunga hiasan baju, makan minum peserta dan penajaan minuman teh tarik, sirap bandung dan sarsi ais untuk majlis sambutan yang diadakan di Masjid tersebut.
Maklum balas yang diterima, ramai yang memuji penglibatan KRT Taman Utama dalam majlis tersebut kerana turut melibatkan penyertaan AJK, Peronda SRS dan Jiran Wanita kerana sasaran pihak Jawatankuasa Qaryah Masjid hanyalah kepada peserta daripada Tabika KEMAS dan PASTI serta Tadika swasta yang berada dalam qaryah masjid sahaja, namun KRT Taman Utama disebaliknya pula. Begitu juga dengan laungan selawat yang kuat, gemersik dan susun atur peserta yang kemas dan berdisiplin dibawah tunjuk ajar Ustazah Rogayah bt. Ramli, Setiausaha Jiran Wanita KRT Taman Utama.
Raptai perarakan yang dilakukan sehari sebelum majlis sambutan.
Blogger dan Peronda SRS bersarapan pagi yang disediakan oleh Restoran Tat Nasi Ayam.
Dua orang Jiran Muda ditugaskan oleh jawatankuasa sambutan untuk membawa sepanduk penganjur.
Bersedia untuk memulakan perarakan.
Barisan Tunas Jiran.
Antara sebahagian barisan Jiran Wanita.
Kawalan lalu lintas oleh JPJ.
Peronda SRS bertugas di gerai teh tarik yang mendapat sambutan hebat pada hari tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.