KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Julai 01, 2012

** PERASMIAN PUSAT RUKUN TETANGGA TAMAN UTAMA **


Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, maka saya merasmikan Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.......

Demikian lafaz perasmian yang dizahirkan oleh YB Dato' Paduka Haji Ahmad Bashah b. Md. Hanipah, Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata pada jam 12.05 tengahari pada hari Jumaat, 29 Jun 2012 bersamaan 9 Syaaban 1433H. Majlis telah dilangsungkan dengan gilang gemilang yang dihadiri oleh hampir 300 orang jemputan, terdiri daripada KRT berhampiran KRT Taman Utama dan penduduk Taman Utama sendiri. Turut hadir ialah Y. Bhg En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah dan En. Mohd Zulkiflee b. Ramli, Penghulu Mukim Pumpong.

Pelbagai aktiviti yang boleh dianggap sebagai marathon telah dijalankan sempena perasmian dewan ini. Ianya bermula pada hari Rabu 27 Jun 2012 apabila dijalankan pertandingan hafazan dan azan dikalangan Tunas Jiran dan Jiran Muda. Pada hari Khamis 28 Jun 2012 dilangsungkan ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Y. Bhg Ustaz Mahathir b. Ahmad. Pada pagi hari perasmian diadakan pertandingan mewarna, manakala pada sebelah malamnya pula KRT Taman Utama menerima kunjungan daripada 200 orang perwakilan daripada Koperasi KOSPETA Malaysia Bhd yang mengadakan mesyuarat perwakilan di City Plaza. Mengetuai perwakilan ini ialah Pengerusinya Y. Bhg En. Azih b. Muda merangkap Timbalan Presiden CUEPACS. Majlis dipenuhi dengan ucapan dan jamuan makan malam, cabutan bertuah dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api 180 das pada jam 11.30 malam.

AJK KRT Taman Utama bergambar bersama YB Dato' Paduka Haji Ahmad Bashah dan Pengarah JPNIN Negeri Kedah.


Persembahan bercerita oleh Tunas Jiran kepada hadirin yang hadir.



YB Dato' Paduka menandatangani buku pelawat



YB Dato' Paduka melihat cenderamata daripada Pengerusi KRT Taman Utama, berupa jilidan keratan akhbar yang memaparkan berita mengenai YB Dato' Paduka dari pelbagai media yang dikumpul oleh Pengerusi KRT Taman Utama mulai tahun 2009.


Saya memang kagum dengan KRT Taman Utama, banyak pencapaian yang telah mereka raih dan capai. Pengerusi dan AJK berjaya mempelbagaikan aktiviti tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum. Dengan ini saya dengan sukacitanya menyumbang RM5000.00 kepada KRT Taman Utama bagi menjana aktiviti mereka.


Pengerusi Jiran Wanita, Pn. Rosni bt. Kasim mengetuai jawatankuasa sambutan tetamu yang hadir.


Ketibaan YB. Dato' Paduka disambut dengan lafaz selawat dan perarakan bunga manggar oleh Jiran Muda dan Tunas Jiran.




Pengerusi KRT Taman Utama memerhati YB Dato' Paduka menandatangani streamer gimik perasmian.


Nyanyian nasyid oleh Jiran Muda.



Persembahan selawat Syifa' oleh Tunas Jiran.




Terima kasih kepada YB Dato' Paduka yang sudi hadir untuk merasmikan Pusat Rukun Tetangga yang dibina secara gotong royong hasil derma dan sumbangan oleh penduduk Taman Utama sendiri.



Jasamu Di Kenang, YB Dato' Paduka menyampaikan sumbangan KRT Taman Utama kepada En. Mohd Shafirul b. Abdul Sattar, Pegawai JPNIN Daerah Kota Setar yang memantau KRT Taman Utama, beliau akan bertukar ke Daerah Kubang Pasu mulai Julai 2012.



Selepas ini saya harap Bang Ya, selaku Pengerusi dapat mengemukakan tuntutan RM5000.00 daripada saya kepada Jabatan Pembangunan Negeri (ICU) dengan kadar segera.



Tahniah kepada Pengerusi dan AJK kerana dapat membina sendiri dewan ini tanpa mengharapkan bantuan daripada pihak JPNIN semata-mata. Usaha dan perpaduan seumpama inilah yang pihak jabatan ingin terapkan dikalangan semua KRT yang ada di Kedah.




YB Dato' Paduka dan Tuan Pengarah tidak dapat menahan ketawa apabila Jiran Muda ini memaklumkan sesuatu kepada mereka.


LAGI GAMBAR DAN BERITA AKAN MENYUSUL.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin