KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Oktober 09, 2012

** BETUL KA PAK YA **


Keratan akhbar Kosmo keluaran 8 Oktober 2012

Pada 8 Oktober 2012, blogger telah mengambil cuti rehat selama 1 hari kerana berjaga hingga larut malam menyaksikan perlawanan bolasepak La Liga antara Real Madrid vs Barcelona.

Niat awalnya memang hendak tidur pada paginya, namun gagal kerana deringan panggilan yang masuk bertalu-talu daripada beberapa orang AJK KRT Taman Utama dan warga KRT dari seluruh Malaysia. Ianya ekoran siaran beberapa buah akhbar yang terdapat di Malaysia yang memetik ucapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengenai elaun RT.

Sebenarnya bagi pendapat Pak Ya elaun RM 500.00 yang dinyatakan oleh beliau adalah geran tahunan RT yang diterima setiap tahun. Mungkin beliau tersilap sebut atau pihak pemberita yang silap mentafsirkan ucapan beliau pada sidang akhbar tersebut.

Sebenarnya daripada mula penubuhannya pada tahun 1975, setiap Jawatankuasa RT memang tidak mendapat bayaran elaun walau sesen pun. Segala khidmat dan kerja yang dilakukan hanyalah berkonsepkan SUKARELA semata-mata.

Sehubungan dengan itu suka Pak Ya menjelaskan, apa yang disiarkan oleh akhbar pada hari tersebut hanyalah suatu khilaf sahaja. Tidak perlu kita bergembira dan terkesima. Teruskan kerja-kerja Lillahi Taala kita. Elaun yang berlipat ganda akan menanti kita diakhirat nanti, InsyaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin