KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Oktober 22, 2012

** MAJLIS KHATAM AL-QURAN **


Jiran Wanita KRT Taman Utama sekali lagi berjaya menggerakkan aktiviti mereka apabila menganjurkan majlis Khatam Al-Quran pada Hari Jumaat, 19 Oktober 2012. Program ini adalah hasil cetusan daripada Setiausahanya Ustazah Pn. Rogayah bt. Ramli yang mendapati ramai dikalangan anak muridnya masih belum mengadakan khatam Al-Quran.

Setelah berbincang bersama dengan beberapa orang AJK Jiran Wanita dan beberapa orang waris anak murid yang berguru dengannya, akhirnya persetujuan telah dicapai bagi mengadakan program ini. Setiausaha Jiran Wanita sendiri bersama beberapa orang waris dan bukan waris telah mengeluarkan sumbangan wang ringgit bagi menjayakan program ini yang bermula pada jam 8.30 malam di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.





Jiran Wanita bertungkus lumus menyediakan menu masakan untuk tengahari dan makan malam sempena program ini. Terdapat juga dikalangan mereka yang menyumbang menu tambahan yang lain pada malam tersebut. 

Dan buat buat pertama kalinya mereka iaitu Jiran Wanita  100% mengendalikan program mulai daripada membeli bahan masakan, memasak sehinggalah selesai majlis tanpa melibatkan bantuan atau penglibatan kaum lelaki. Syabas dan tahniah.....




Seramai 21 orang Tunas Jiran dan Jiran Muda telah selamat dikhatamkan pada malam tersebut. Pada akhir majlis, mereka turut menerima sumbangan bunga telor dan wang tunai RM10.00 setiap seorang sumbangan daripada pelbagai pihak. KRT Taman Utama turut menyumbangkan RM 100.00 untuk majlis ini sebagai "top up" khas untuk kelancaran dan menjayakan program.

Segmen selawat ke atas nabi.


Sumbangan bunga telur dan wang saku.

Barisan muslimat.

Barisan muslimin.



Jiran Wanita sedang bersantai di luar dewan sebelum majlis bermula.
Ustazah Pn. Rogayah mengetuai majlis.


Pengerusi relax banyak malam tersebut...

Masa untuk menjamu selera setelah majlis khatam tamat. Turut hadir ialah Pegawai Masjid Al- Hussain, Seberang Pumpong dan ibubapa Tunas Jiran dan Jiran Muda yang terlibat dengan khatam Quran ini.

Ni geng khatam makan... he .. he ..



Pengerusi Jiran Wanita sedang melayani tetamu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin