KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Oktober 07, 2012

** SEMINAR KESELAMATAN SRS **


Seminar ini telah dianjurkan oleh Pejabat Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Kota Setar / Padang Terap pada hari Sabtu, 6 Oktober 2012. Seminar yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Alor Setar ini telah dihadiri oleh peserta daripada 59 buah KRT yang terdapat dalam daerah Kota Setar / Padang Terap.

Setiap KRT diwakili oleh 2 orang peserta manakala KRT yang mempunyai SRS mendapat tambahan 3 orang lagi peserta. Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Y. Bhg En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah.

Sebanyak 3 buah agensi yang bernaung dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diundang untuk menyampaikan taklimat kepada peserta. Agensi terbabit ialah Jabatan Imigresen, Polis DiRaja Malaysia dan Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara PutraJaya.

KRT Taman Utama diwakili oleh En. Yahya b. Abd Raof, En. Zahid b. Abdullah, En. Mohd Fadzil b. Ibrahim, En. Abdul Rashid b. Abd Rahman dan En. Abdul Rashid b. Omar.

Peserta KRT Taman Utama sedang mendaftarkan kehadiran. Setiap peserta dibekalkan dengan sebuah beg, buku nota, pen dan buku program.
Kakitangan PPD Kota Setar / Padang Terap, Pn. Hafiza dan Pn. Janny bertugas sebagai urusetia pendaftaran peserta.
YM Ku Aziz mempengerusikan majlis.
Ucapan perasmian oleh Y. Bhg Tuan Pengarah JPNIN Kedah.

Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Pengarah telah menerangkan secara ringkas berkaitan Akta Baru Rukun Tetangga 2012 kepada peserta yang hadir. Akta ini adalah sebagai menggantikan Akta Peraturan-peraturan Perlu (RT) 1975 P.U(A)279/75 yang telah dikuatkuasa mulai 22 Jun 2012. Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian oleh warga Rukun Tetangga selepas ini yang termaktub dalam akta ini, seperti status sebagai AJK, bidang tugas dan kuasa sebagai AJK dan Peronda SRS dan soal kewangan bagi setiap KRT.

Dikesempatan ini, suka saya umumkan  bahawa geran KRT yang aktif bagi seluruh Negeri Kedah akan ditambah sebanyak RM3,600.00 lagi pada akhir bulan Oktober 2012, manakala KRT yang mempunyai SRS akan mendapat tambahan peruntukan sebanyak RM1,400.00 lagi.
YAHOOO... TERIMA KASIH TUAN !!!!
Peserta KRT Taman Utama.
Sebahagian daripada peserta yang hadir.

En. Aidil Safri b. Adnan daripada Jabatan Imigresen.
Blogger bersama En. Abdul Wahab daripada KDN Putra Jaya dibarisan hadapan. Awalnya blogger ingatkan peserta daripada kalangan KRT, nak tabik spring la sebab pakai segak bukan main.. he..he..
ASP Segeran Thanapalan daripada PDRM.

En. Abdul Wahab b. Abdul Hamid daripada Bhg  NKRA Putra Jaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin