KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Mac 30, 2013

** PROGRAM KESIHATAN DAN USAHA NIAGA JIRAN WANITA **


Bagi seorang Muslim, nikmat yang paling bernilai ialah nikmat sebagai seorang ISLAM. Salah satu lagi nikmat yang paling bernilai bagi manusia ialah nikmat SIHAT. Kita jarang bersyukur dengan nikmat kesihatan tubuh badan kita, hanya ketika kita sakit barulah nikmat ini kita hargai. Blogger sering mendengar para alim ulama menyarankan agar kita sering menziarahi orang yang sakit atau menjengah ke hospital, disitu akan kita ketahui betapa nikmatnya erti sihat.

Bagi mendedahkan nikmat sihat dan kaedah menjaga kesihatan, Jiran wanita KRT Taman Utama telah mengadakan sessi penerangan dan taklimat penjagaan melalui produk kesihatan yang hangat diperkatakan sekarang iaitu HerbaLife. Selain mendapat info berkaitan kesihatan, melalui program ini juga diharapkan ianya mampu menjana ekonomi Jiran Wanita hasil sistem perniagaan yang dijalankan oleh produk ini.

Program ini telah diadakan pada 25.3.2013 mulai jam 6.00 petang di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama yang dihadiri seramai 45 orang Jiran Wanita. Program berakhir dengan jamuan laksa kepada yang hadir.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin