KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, April 02, 2013

** SELAMAT HARI LAHIR **


Pada awal penubuhan KRT Taman Utama di tahun 2004, blogger pernah mengikuti Kursus Pemantapan Rukun Tetangga Zon Utara bertempat di Hotel Cititel, Pulau Pinang. Kursus ini dikhaskan untuk Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari KRT yang baru ditubuhkan dari Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Dalam satu slot kursus tersebut salah seorang penceramah daripada JPNIN PutraJaya telah mengutara idea mengadakan majlis jamuan hari lahir dikalangan Tunas Jiran yang terdapat di sesebuah KRT. Menurut beliau program ini akan merapat dan menjalinkan semangat kejiranan dikalangan penduduk sesebuah komuniti. Program ini dicadangkan kepada KRT yang kekeringan idea atau menghadapi masalah untuk menganjurkan aktiviti kerana kekangan sumber kewangan atau kekangan masa dikalangan AJK.

Pada akhir bulan Mac 2013, salah seorang penduduk telah memohon kebenaran blogger untuk mengadakan majlis hari lahir anaknya di dewan KRT Taman Utama serta mengajak blogger menyertai majlis ini bersama anaknya yang kebetulan selang beberapa hari jaraknya hari lahir anak blogger yang seusia dengan anaknya.

Blogger lantas bersetuju kerana teringatkan cetusan idea yang dilontarkan semasa kursus di Pulau Pinang tersebut. Akhirnya majlis secara kongsi bersama ini dapat diadakan pada 2 April 2013 mulai jam 5.30 petang di dewan KRT. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh En. Mohd Sharipudin, Setiausaha KRT Taman Utama.

Menu utama yang disediakan ialah laksa. Amat mengujakan ialah sokongan yang diberikan oleh Jiran Wanita yang turut membantu pihak yang mengadakan majlis memasak juadah dan ramai dikalangan penduduk yang mengenali Tunas Jiran yang diraikan iaitu Siti Nur Asyiqin bt. Abu Hasan dan Nur Shahidatul Ain bt. Yahya telah memberikan hadiah dan menyumbang menu makanan tambahan seperti kek, kueh, mee, puding, coklat, buah-buahan, kacang dan lain-lain lagi.
 
Kesimpulan yang dapat dinyatakan ialah majlis seumpama ini mampu merapatkan tali silatulrahim sesama jiran tetangga dan keluarga. Blogger dapati ramai jiran tetangga yang datang meraikan majlis ini dan sekali gus memberikan kegembiraan kepada Tunas Jiran yang menyambut hari lahir mereka.


Kek untuk Ain

Kek untuk Asyiqin

Pelbagai menu yang dihidangkan.


Menu utama, laksa.



Acara memotong kek. Siti Nur Asyiqin berbaju merah manakala Nur Shahidatul Ain berbaju puteh. SELAMAT HARI LAHIR KE 6 TAHUN.


Selamat menjamu selera









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin