KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Mac 19, 2013

** PROGRAM PEMANTAPAN JIRAN MUDA **


Bagi tahun 2013, pihak JPNIN Negeri Kedah telah mensasarkan aktiviti untuk golongan Jiran Muda diperkasakan oleh semua KRT seluruh Negeri Kedah. KRT Taman Utama sebenarnya sering menganjurkan pelbagai aktiviti untuk golongan sasar ini pada saban tahun. Antara program yang telah dijalankan ialah Kem Solat, Kem Komuniti River Ranger, Kem Remaja 1 Malaysia, ceramah motivasi, pertandingan Futsal dan sebagainya.

Bagi tahun 2013, program untuk golongan ini bermula pada hari Selasa, 19.3.2013 dengan mengadakan Program Pemantapan Tunas Jiran dan Jiran Muda. Program yang sepatutnya diadakan pada penghujung bulan Mac 2013 sempena cuti sekolah terpaksa dipercepatkan tarikhnya. Ini disebabkan KRT Taman Utama mendapat dana kewangan daripada Tuan Haji Mat Radzuan b. Ibrahim, Pengerusi Jiran Usia Emas untuk membiayai program ini, namun kerana pada penghujung bulan Mac ini beliau bersama keluarganya akan berangkat menunaikan umrah, maka tarikhnya telah dipinda untuk membolehkan beliau turut serta dalam program.

Terdapat risikonya apabila tarikh dipinda kerana tidak ramai golongan sasar ini hadir kerana hari persekolahan yang kebetulan jatuh pada hari aktiviti kokurikulum diadakan disekolah. Hanya sekitar 40 orang Tunas Jiran sahaja yang datang tepat pada masa yang ditetapkan iaitu jam 5.30 petang, manakala golongan Jiran Muda hanya datang kira-kira jam 6.30 petang sahaja iaitu sebaik saja tamat aktiviti kokurikulum mereka disekolah.

Tuan Imam sedang menyampaikan tazkirah. Antara lain yang disampaikan kepada golongan sasar ini ialah penekanan kepada kepentingan mengimbangi masa untuk bermain, belajar dan beribadat serta peranan sebagai seorang anak ke atas kedua ibubapa, jiran dan masyarakat.

Mengikut jadual asal, pengisian program ini ialah, semua peserta akan berkumpul mulai jam 5.30 petang untuk menyertai pelbagai pertandingan sukan yang telah disusun aturkan untuk mereka. Program akan dimulakan dengan sessi tazkirah khas daripada Imam Masjid Seberang Pumpong, Tuan Haji Ismail b. Haji Sulaiman kepada peserta, diikuti dengan penyerahan set alatan permainan kepada mereka. Seterusnya peserta akan beradu kebolehan mereka dalam pertandingan bolasepak, bola baling, congkak, bola jaring, batu seremban, dart dan karom. Kesemua pertandingan ini akan dijalankan sehari suntuk.

Antara Jiran Muda yang hadir.

Namun disebabkan pertukaran tarikh dan kekangan masa, maka hanya pertandingan bolasepak sahaja yang dapat dijalankan, itupun hanya secara persahabatan diantara Jiran Muda menentang AJK KRT Taman Utama dan Peronda SRS Taman Utama. Keputusannya Jiran Muda menang 6 - 3.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada Tuan Haji Mat Radzuan b. Ibrahim yang membiayai keseluruhan program. Begitu juga kepada Jiran Wanita yang bertungkus lumus menyediakan makanan kepada peserta serta barisan AJK dan Peronda SRS KRT Taman Utama yang berpeluh menyiapkan pelbagai gelanggang pertandingan.

Ucapan Pengerusi KRT Taman Utama
Penyerahan bolasepak kepada Jiran Muda lelaki.
Bola jaring kepada Tunas Jiran perempuan.
Permainan congkak.

Pengerusi sedang melayani Tuan Imam menjamu selera.
Pendaftaran memilih acara sukan yang diminati
Tuan Imam melakukan kick off bagi acara futsal padang. Dalam Islam, aktiviti riadah tidak dipinggirkan bahkan Nabi Muhammad SAW juga melakukan aktiviti riadah seperti menunggang kuda dan memanah. Steady lah Tuan Imam ..... ada gaya dan skill tu ....
Antara Jiran Muda yang hadir menyaksikan acara yang dijalankan.
Dr. Ahmad Fauzey, pakar tulang daripada Hospital Sultanah Bahiyah sedang memperagakan skill beliau kepada Jiran Muda.
Ketua Peronda SRS menunjukan skill menimbang bola.

En. Abdull Raof, Pegawai Penyiasat PDRM masih gah bertahan dengan stamina beliau.
Sebahagian penduduk yang turut hadir memberikan sokongan.



En. Zainul Sidik, AJK KRT Taman Utama sedang asyik menyaksikan perlawanan.



1 ulasan:

  1. Salam. Pakya..tahniah krn dapat menganjurkan program untuk jiran muda. Tolong kenal pasti 10 orang jiran muda untuk projek pemantauan pencapaian jiran muda Dalam RT..jiran muda ni pula kena wujudkan akaun fb ya
    Pengerusi perlu sediakan satu buku log untuk catat kegiatan setiap orang JM tsbt..yang mengandungi senarai nama program yang JM tu hadir dan tandatangan pengesahan dri agensi penganjur..buku ini akan di beri pada PPD utk dipantau dan dikomen dan disahkan.Mohon kerjasama..semua RT perlu menjayakan pemantauan ni..

    BalasPadam

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin