KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Julai 14, 2013

** MAJLIS BERBUKA PUASA **


Ramadhan datang lagiiii.... Seperti kebiasaan saban tahun Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang berhampiran Taman Utama tidak ketinggalan mempelbagaikan aktivitinya.

Antara aktiviti Ihya Ramadhan di masjid ini ialah sembahyang tarawikh bersama imam jemputan, tadarus Al-Quran, Qiamullail, kuliah suboh, tazkirah, tahlil, jamuan moreh dan majlis berbuka puasa.

Taman Utama diberikan 2 hari untuk program Jamuan moreh dan majlis berbuka puasa sepanjang Ramadhan 1434H tahun ini. Satu hari untuk Rukun Tetangga dan satu hari lagi untuk Pakatan Taman Utama.

Bagi program berbuka puasa, selain daripada anak khariah masjid ini, turut memeriahkannya ialah para pelajar Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) yang tinggal berhampiran masjid ini. Pelbagai kaum, keturunan dan bangsa dikalangan mereka seperti Thailand, Kampuchea, Myanmar, Sudan, Nigeria, China dan pelbagai lagi menyertai majlis berbuka puasa di masjid ini.

Menyeronokkan berbuka puasa bersama mereka, riuh dengan pelbagai bahasa. Namun agak santai dan relax kerana majlis berbuka puasa ini diadakan di bahagian belakang masjid yang berhampiran Sungai Kedah, sungguh menenangkan mata.

Setiap hari hampir 100 orang menyertai majlis ini, dimana setiap seorang kosnya ialah RM4.00 yang dibiayai oleh pihak masjid. Menunya harian ialah nasi berlauk ayam, daging, ikan, bubur kanji, buah-buahan, kueh dan air minuman sejuk dan panas.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin