KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Julai 10, 2013

** KARNIVAL SUKAN 2013 **


Pada 6 Julai 2013, KRT Taman Utama telah berjaya menganjurkan Karnival Sukan untuk warganya. Sebanyak 4 acara telah dijalankan iaitu Futsal Padang, Congkak, Batu Selambut, Karom dan acara sukaneka. 

Bagi acara congkak, batu selambut dan futsal Tunas Jiran, ianya dilangsungkan pada waktu pagi, manakala futsal padang Jiran Muda dan acara sukaneka dijalankan pada waktu petang. Bagi acara Karom, ianya diadakan pada waktu malam.

Bagi acara Futsal Padang Tunas Jiran, ianya dimenangi oleh pasukan "Chelsea" manakala pasukan "Sepanyol" dari Jiran Muda muncul sebagai juara.

Warga Jiran Usia Emas, Pn. Khatijah bt. Awang muncul juara pertandingan congkak manakala Pn. Endun bt. Echeek tempat ke Dua dan Pn. Sharifah bt. Ismail tempat ke Tiga.

Batu Selambut Tunas Jiran dimenangi oleh adik Hasanah bt. Noor Zakman, ke Dua Hasana' bt. Noor Zakman dan ketiga adik Shafiyyah bt. Mohd Shaharizal.

Batu Selambut Jiran Muda dimenangi oleh adik Nur Syifa bt. Che Daud, ke Dua adik Nurul Husna Sofia bt. Abu Hasan dan Ke Tiga Nur Sabrina bt. Mohd Rodzi.

Acara karom dimenangi oleh Dr. Ahmad Fauzey b. Kasim, Pakar Tulang dari Hospital Sultanah Bahiyah. Tempat ke Dua di sandang oleh Pengerusi KRT Taman Utama sendiri manakala En. Abd Rashid b. Omar di tempat ke Tiga.

Terima kasih kepada semua penduduk yang menyertai karnival dan memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit. Semoga objektif memperkasakan Jiran Muda di Taman Utama menepati sasaran.

Beberapa bakat telah berjaya dicungkil menerusi karnival ini, dan diharapkan akan berjaya diketengahkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi lagi.


Jiran Wanita bertarung dalam acara congkak.

Tunas Jiran perempuan bertarung dalam acara Batu Selambut atau di Kedah dikenali sebagai Batu Tujuh.



Aksi Futsal Padang Tunas Jiran. Tiga pasukan menyertainya yang diadakan secara liga. Setiap pasukan mengandungi 9 orang pemain.








Salah seorang peserta yang mengalami kecederaan dirawat oleh Ketua Biro Jiran Muda yang merupakan salah saeorang kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar di bahagian kecemasan.

Perlawanan berakhir dengan tendangan penalti.

Acara Sukaneka untuk Tunas Jiran. Untuk acara ini, Tuan Haji Mat Radzuan Ibrahim, Pengerusi Jiran Usia Emas telah bermurah hati menaja hadiah kepada peserta yang menyertainya.








Acara Futsal Padang Jiran Muda. Sebanyak 4 pasukan menyertainya. Setiap pasukan mengandungi 7 pemain iaitu 5 pemain Jiran Muda dan 2 lagi pemain dewasa yang terdiri daripada kalangan AJK dan Peronda SRS KRT Taman Utama.






Tuan Haji Mat Radzuan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.



Dua pasukan Jiran Muda yang berjaya memasuki perlawanan akhir.


En. Abd Halim Ahmad, AJK KRT Taman Utama menyampaikan sumbangan kepada Tunas Jiran dan Jiran Muda yang membantu menjayakan kenduri perkahwinan anaknya pada 29 Jun 2013 lalu.



Seperti Tunas Jiran, pasukan Jiran Muda juga terpaksa menentukan kemenangan menerusi tendangan penalti.




Pengerusi KRT Taman Utama menyampaikan hadiah kepada pemenang Futsal Padang.

Pemenang acara Batu Selambut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin