KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Disember 23, 2013

** HARI KELUARGA & PROGRAM CUTI SEKOLAH 2013 - KEM BIODIVERSITI **



Sempena cuti akhir tahun penggal persekolahan tahun 2013, KRT Taman Utama telah mengadakan Hari Keluarga dan Program Cuti Sekolah yang digabungkan dengan Kem Biodiversiti. Program menerima suntikan dana daripada JPNIN Negeri Kedah dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Jabatan Perhilitan Negeri Kedah, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah.

Objektif program :-

* Mewujud dan meningkatkan tahap kesedaran mengenai hidupan liar dan alam sekitar di kalangan komuniti KRT Taman Utama.
* Mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan antara warga KRT Taman Utama.
* Menutup ruang kepada golongan Tunas Jiran dan Jiran Muda untuk terlibat dengan aktiviti sosial yang tidak sihat dan tidak berfaedah.
* Mewujudkan generasi baru yang boleh bertindak secara bijaksana dan berpengalaman terhadap hidupan liar dan alam sekitar.

Seramai 77 orang warga KRT Taman Utama telah menyertai program ini yang melibatkan 30 orang ibubapa dan 47 orang ahli keluarga. Kesemua peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM10.00 tiap seorang dan pergi dengan menaiki kenderaan masing-masing. Peserta Jiran Muda lelaki pula pergi dengan bermotorsikal secara konvoi. 

Alhamdulilah perjalanan pergi dan pulang semuanya dilindungi Allah. Begitu juga keselamatan sepanjang berada di puncak Gunung Jerai juga adalah terkawal dan tanpa mengalami sebarang gangguan walaupun ramai yang memperkatakan bahawa persekitaran dari kaki hingga puncak Gunung Jerai adalah kawasan yang KERAS. Namun kerana niat dan tujuan yang murni, semuanya diredhai dan diberkati Allah.

Jarak antara Taman Utama dan Gunung Jerai adalah 45 kilometer, manakala ketinggian Gunung Jerai adalah 1,217 meter ataupun 13 kilometer dari kaki gunung ke puncaknya. 

Semua peserta berkumpul dan bertolak dari Taman Utama pada jam 8.00 pagi dan sampai 45 minit kemudian di kaki Gunung Jerai. Ramai yang memilih menaiki kenderaan sendiri menuju ke puncak kecuali 5 buah keluarga termasuk blogger sendiri kerana tiada keyakinan memandu dengan ketinggian dan selekoh tajam sepanjang perjalanan menuju puncak.

Peserta yang meninggalkan kenderaan di kaki gunung akan menaiki van pengangkutan yang sedia ada dengan bayaran RM10.00 tiap seorang bagi kos naik dan turun.


Peserta kem.

Peserta tiba dan teruja dengan persekitaran tapak perkhemahan.

Ucapan aluan oleh En. Ismail b. Abdullah, Ketua Unit Program Pendidikan Biodiversiti Jabatan Perhilitan Negeri Kedah.

En. Mohd Nazri Baharom sedang memberikan taklimat berkaitan kem.

Jiran Muda memasang khemah yang disediakan oleh Jabatan Perhilitan.

Jiran Muda perempuan memasang khemah sambil dipantau oleh urusetia kem.

Blogger mengalas perut dengan berkongsi makanan yang dibawa oleh peserta.

En. Mazlan b.Marzuki, Ranger Hutan.
En. Mazlan Marzuki Pengawas Hutan dari Jabatan Perhutanan yang mengawal Gunung Jerai memberikan taklimat keselamatan kepada peserta.

Che Daud Hashim, Peronda SRS memasang sepanduk kem. Terima kasih kerana sudi menjadikan kenderaan pacuan 4 rodanya sebagai kereta rasmi kem khas untuk membawa peralatan berkaitan kem. Pihak Jabatan Perhilitan telah menyediakan segala keperluan kem, pihak KRT Taman Utama hanya perlu membawa bahan mentah sahaja seperti beras, ikan dan perkakasan masak seperti rempah cabai.

Pemandangan sekitar tapak kem.

Pekan Yan jelas kelihatan dari kem kerana cuaca yang cerah tanpa berkabus.

Setiausaha KRT Taman Utama selaku Kem Komandan sedang membuat pembentukan kumpulan.

Pembentukan dan aktiviti kumpulan.


Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kem selama 2 hari 1 malam ini ialah latihan dalam kumpulan, taklimat, jungle tracking, permainan alam sekitar, lawatan ke Muzium Perhutanan, melawat Padang Tok Syeikh, melawat Telaga Tok Syeikh, solat berjemaah dan bacaan Yasin.

Peserta melakukan tugasan dengan menamakan kumpulan, moto, maskot dan misi kumpulan.

Hang nak taruh nama apa kumpulan kita ni?









Aktiviti permainan latihan dalam kumpulan.


Tempat makan dan menjamu selera yang berhampiran tempat memasak.

Kem Komandan mengendalikan permainan alam sekitar pada sessi petang hari pertama.



Semangat kerjasama dan setiakawan jelas dipamerkan oleh peserta pada sessi permainan.

Ishhh, susah juga nak masukan air dalam botol ni rupanya ....

Biar muka dipenuhi tepung asalkan kumpulan menang dalam permainan.

Markah kumpulan akan dicatitkan pada setiap aktiviti.

Jeng ! Jeng .. aktiviti pilihan ramai ....

Biarpun cuaca dan air di puncak gunung adalah sejuk, namun semuanya itu bukan faktor yang menghalang mereka untuk mandi ......

Ketika peserta mandi manda, Pengerusi KRT Taman Utama melayani fasilitator menikmati goreng pisang dan teh tarik pada sessi minum petang.

Bacaan Yasin apabila selesai solat Maghrib.



Taklimat berkaitan Jabatan Perhilitan.



Walau pun letih, mengantuk dan kekenyangan apabila selesai menikmati makan malam dan barbeque, namun peserta masih teruja mengikuti taklimat yang disampaikan.




Senaman pagi.

Jiran Muda, Mohd Alif Hadi, mengetuai sessi senaman.



Ini senaman cakar harimau ka?





Pang! Peng! Pong! Opp .... jangan tembak hidupan liar tau ....

Sepanjang kem berlangsung, Jiran Wanita menjadi teraju utama dalam penyediaan makanan peserta. Team masakan diterajui oleh Pn. Indun, Pn. Rasinah dan Pn. Sharifah serta dibantu oleh Jiran Wanita dan Peronda SRS yang lain.

Semangat gotong royong dan berkerjasama jelas dipamerkan oleh mereka. Sepanjang masa mereka lincah dan berkerja dengan penuh keriangan dan gelak ketawa yang memecah kesunyian sekitar tapak perkhemahan.

Antara menu yang disajikan ialah nasi puteh ala kampong, nasi lemak, goreng pisang, gulai masak pedas, ikan kering, ayam bakar, udang masak merah, kerang rebus dan beberapa jenis ulaman yang membuka selera peserta apatah lagi dengan cuaca sejuk sekitar 19 - 24 darjah celcius di situ.

Minuman wajib ialah teh tarik diselangi dengan kopi, milo dan kordial sarsi.

Team Master Chef KRT Taman Utama sedang leka dengan tugas masing-masing.

Haa.. dah nak masak, mai Pak Ya rasa dulu!!!!

Bosan mandi di kolam, Tunas Jiran bertukar arah mandi ke anak sungai pula....




Khemah Tunas Jiran dan Jiran Muda perempuan.

Aksi akrobatik Jiran Muda.... boleh masuk sukan SEA 2 tahun akan datang !

Wow! Woi ! jangan tolak oii, aku sejukkkk...

Taklimat oleh Jabatan Perhilitan sebelum memulakan jungle tracking.

Team Tunas Jiran dan Jiran Wanita memilih track perjalanan selama 45 minit. Manakala team Jiran Muda dan Peronda SRS memilih track selama 2 jam 30 minit.

Pak Tam memberikan taklimat pokok yang terdapat sepanjang perjalanan.

Semangat waja yang dipamerkan oleh Tunas Jiran bersama ibu mereka.



Tanpa merasa letih dan gerun pada pacat yang berkeliaran, mereka tetap gagah meneruskan perjalanan.



Pak Tam membantu peserta mendaki curam yang tinggi.

Yahooo..... dah sampai ke destinasi, Muzium Perhutanan.

Pegawai Perhutanan memberikan taklimat kepada peserta.

Tunas Jiran teruja dengan pelbagai spesis tumbuhan yang dipamerkan.

Landskap sekitar muzium.

Menuruni tangga muzium untuk kembali ke tapak kem.



Khemah Jiran Muda lelaki.

Tuan Haji Ramli, Pegawai Perhutanan sedang memberikan taklimat khas berkaitan tumbuhan dan khasiat perubatan dari pokok-pokok yang terdapat di Gunung Jerai. Sessi soal jawab telah mendapat sambutan hebat dari peserta.

Selaku Pengerusi KRT Taman Utama dan penyelaras program ini, saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada Jabatan Perhilitan dan Jabatan Perhutanan kerana sudi mengadakan aktiviti kepada warga KRT Taman Utama. Terima kasih kepada peserta yang memberikan komitmen penuh sepanjang 2 hari 1 malam kem ini diadakan. InsyaAllah kita mengharapkan agar kerjasama antara KRT Taman Utama dan Jabatan Perhilitan ini bukanlah yang pertama dan terakhir.

Selaku Kem Komandan saya ucapkan terima kasih kepada eserta kerana mematuhi peraturan dan arahan yang diberikan.

Tahniah daripada Jabatan Perhilitan kepada KRT Taman Utama kerana berjaya menganjurkan kem ini. Ini adalah kali pertama kem seumpama ini yang melibatkan komuniti kerana sebelum ini pihak lami hanya mengadakan kem untuk peserta dari sekolah sahaja. Tahniah juga kerana inilah kem dan peserta terbaik yang pernah kami kendalikan. Lengkap dengan team peserta, team masakan, team kawalan dan semangat kerjasama yang begitu mengagumkan.

Penyampaian hadiah kepada kumpulan.

Cenderahati dari KRT Taman Utama.

Hip Hip Horey !!!!

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN KEM INI, TERUTAMA JPNIN NEGERI KEDAH, JABATAN PERHILITAN NEGERI KEDAH, JABATAN PERHUTANAN NEGERI NEGERI KEDAH, JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH DAN PESERTA YANG MENYERTAI KEM INI.


video

Ragam Jiran Muda menuju puncak





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin