KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Disember 30, 2013

** LIGA FUTSAL TUNAS JIRAN **


Menjelang beberapa hari sahaja lagi cuti akhir tahun persekolahan akan berakhir, Biro Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT Taman Utama berjaya mengadakan aktiviti terakhir untuk golongan ini dengan mengadakan liga futsal padang 7 sepasukan.

Pertandingan untuk golongan bawah umur 14 tahun ini berjaya dilangsungkan pada 25 Disember 2013 sempena cuti perayaan Krismas di padang permainan Taman Utama yang terletak bersebelahan Pusat KRT Taman Utama.

Sebanyak 7 pasukan telah menyertai pertandingan yang dijalankan secara liga ini yang sepak mulanya bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 7.00 petang. Pertandingan dikendalikan oleh Setiausaha KRT Taman Utama dengan dibantu oleh beberapa orang Jiran Muda.

Hadiah-hadiah kepada peserta pertandingan ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Jusoh b. Mat Daud, Timbalan Pengerusi KRT Taman Utama.
 

Tuan Haji Jusoh menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.

Aksi dan skill Tunas Jiran.

Berkumpul untuk mengatur strategi.

Setiausaha memaklumkan syarat dan peraturan pertandingan.





Sessi membasah tekak selepas penat bertarung.











Beberapa pasukan terpaksa melalui tendangan penalti untuk mendapatkan keputusan perlawanan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin