KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Disember 16, 2013

** TAKLIMAT KESELAMATAN UNTUK JIRAN WANITA **


Bagi menyambut seruan kerajaan untuk bersama membenteras gejala jenayah, KRT Taman Utama dengan kerjasama kumpulan Imtiyaz, dari PERWANI Komuniti 1 Malaysia Taman Utama telah menganjurkan taklimat khas "Peranan Wanita Dalam Menangani Gejala Jenayah Di Kawasan Perumahan".

Program khas untuk golongan wanita ini telah diadakan pada hari Khamis 12.12.2013 mulai jam 8.00 malam di Dewan KRT Taman Utama. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, berselawat diikuti dengan taklimat yang telah disampaikan oleh Superitenden Pn. Rohana bt. Omar, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar. Turut hadir bersama beliau ialah beberapa orang anggota polis wanita dari pelbagai unit seperti narkotik, jenayah, perhubungan awam dan lain-lain.

Objektif program adalah untuk menjadikan kaum wanita terutamanya golongan suri rumahtangga sebagai rakan PDRM seperti yang terkandung dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan - National Blue Ocean Strategy (NBOS) oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Program diadakan secara santai yang diselang seli dengan tayangan slaid oleh PDRM. Ramai Jiran Wanita yang mengemukakan pertanyaan dan beberapa permohonan usaha kerjasama antara ke dua belah pihak berjaya diperolehi.

Terima kasih kepada Supt Pn. Rohana yang sudi hadir walaupun dalam keadaan diri yang demam dan batuk. Diakhir program, hadirin yang hadir disajikan dengan Mee Rebus ala Kuala Sepetang oleh Jiran Wanita.


" Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama "

Ustazah Rogayah bt. Ramli, Pengerusi Jiran Wanita merangkap ketua kumpulan Imtiyaz PERWANI Komuniti 1 Malaysia Taman Utama sedang mengetuai bacaan Yasin.

Sessi penyampaian cenderamata.

Menjamu selera Mee Rebus ala Kuala Sepetang sebaik selesai taklimat.

Peronda SRS turut mengikuti taklimat.

Blogger menghabiskan mee yang berbaki apabila tetamu pulang.

Sebahagian Peronda SRS yang hadir.





Slide show.

Supt Pn. Rohana sedang memberikan taklimat secara santai.



Jiran Wanita yang bertugas menghidangkan menu.







Pengerusi KRT Taman Utama yang bertindak selaku pengacara majlis mengusik Supt Pn. Rohana.







Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Utama bersama anggota PDRM Daerah Kota Setar.

Terima kasih kepada pihak PDRM, JPNIN, Jabatan Pembangunan Wanita bagi menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin