KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Disember 01, 2014

** GOTONG ROYONG MERAIKAN PENGANTIN **


Pada 22.11.2014, Jawatankuasa KRT Taman Utama dan Pakatan Taman Utama telah bergotong royong menjayakan jamuan untuk majlis perkahwinan anak mantan AJK KRT Taman Utama iaitu En. Din b. Mansor.

Beliau telah menjalankan majlis perkahwinan anak lelaki beliau pada tarikh tersebut dan memaklumkan kepada Pengerusi KRT Taman Utama dan Pakatan Taman Utama bahawa hanya sekadar akan mengadakan bacaan doa selamat sahaja kerana kekangan kewangan disebabkan beliau yang tiada pendapatan tetap dan uzur.

Hasil permuafakatan antara KRT, Pakatan Taman Utama dan beberapa orang penduduk, suatu derma sumbangan telah diadakan dikalangan beberapa orang AJK kedua pihak dan beberapa penduduk. Hasilnya dana kewangan hampir RM2000.00 berjaya diperolehi dan penduduk telah bergotong royong membeli dan memasak bagi meraikan pengantin pada tarikh tersebut.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin