KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Disember 07, 2014

** ANUGERAH RUKUN TETANGGA TERBAIK NEGERI KEDAH **


Tahun 2014 merupakan tahun yang penuh dengan kegemilangan untuk KRT Taman Utama. Inilah tahun keemasan bagi seluruh jawatankuasa dan penduduknya apabila telah dinobatkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Kedah sebagai pemenang "Anugerah Rukun Tetangga Cemerlang Peringkat Daerah Kota Setar / Pokok Sena / Padang Terap" dan seterusnya memenangi "Anugerah Rukun Tetangga Cemerlang Peringkat Negeri Kedah".

Majlis anugerah yang gilang gemilang ini telah dilangsungkan pada 6 Disember 2014 di Dewan Wisma Darulaman, Alor Setar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Kedah yang diwakili oleh YB Dato' Dr. Leong Yong Kong, EXCO Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Negeri Kedah.

Turut hadir ialah YBhg En. L. Gandesan, Ketua Pengarah JPNIN Malaysia, En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Kedah, pegawai JPNIN Kedah dan wakil-wakil daripada seluruh KRT Negeri Kedah.

Antara kategori anugerah yang diberikan pada majlis tersebut ialah :
1. Anugerah Rukun Tetangga Cemerlang.
2. Anugerah Skim Rondaan Sukarela Cemerlang .
3. Anugerah Jiran Wanita Cemerlang.
4. Anugerah Jiran Muda Cemerlang.
5. Anugerah Tabika Cemerlang.
6. Anugerah Rakan JPNIN.

Hadiah untuk KRT Cemerlang Peringkat Daerah adalah RM1000.00 manakala hadiah untuk KRT Cemerlang Peringkat Negeri adalah RM3000.00, ini bermakna KRT Taman Utama telah berjaya memperolehi hadiah wang tunai berjumlah RM4000.00.

Sebelum ini, pada 5 April 2014, KRT Taman Utama telah menerima Anugerah KRT Cemerlang Penggunaan Sistem Maklumat Rukun Tetangga (e-RT) daripada Tan Sri Dato' Panglima Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Hotel Grand Alora, Alor Setar sempena majlis perjumpaan awal tahun bersama Menteri.

Sesungguhya tahun 2014 ini telah mengulangi pencapaian KRT Taman Utama pada tahun 2004 yang turut menerima anugerah KRT Terbaik Peringkat Daerah dan Negeri Kedah.

Selaku Pengerusi KRT Taman Utama, blogger merakamkan penghargaan terima kasih kepada barisan AJK, Peronda SRS, Jiran Muda, Jiran Wanita, Jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta seluruh warga Taman Utama yang telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga bagi menjayakan setiap aktiviti dan program yang telah dianjurkan.

Tidak dilupakan terima kasih daun keladi kepada Pengarah JPNIN, Pegawai JPNIN serta pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang banyak memberikan semangat, tunjuk ajar dan kerjasama sepanjang aktiviti dijalankan.

Semoga momentum kejayaan ini akan berkekalan dan berterusan...InsyaAllah.

KRT Taman Utama BOLEH!



Pengerusi KRT Taman Utama menerima sijil dan plak kemenangan.

Seramai 10 orang AJK KRT Taman Utama menyertai majlis anugerah.

Pendaftaran peserta.

Bersama YM Ku Aziz, pegawai JPNIN yang memantau KRT Taman Utama

Bersama Tuan DSP Mohd Radi daripada Bukit Aman.



Pemandangan di dalam dewan.





Gimik perasmian.




Menu utama

Setiausaha KRT Taman Utama menerima Anugerah KRT Cemerlang Peringkat Daerah Kota Setar.


Plak dan sijil Anugerah KRT Cemerlang Peringkat Daerah.



Barisan pemenerima anugerah utama.











Bersama Pegawai Perpaduan Daerah dan kakitangannya.




                                                                                                                                                                                                                              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin