KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Disember 01, 2014

** KAROM PERSAHABATAN **


Setiap malam rondaan, peronda SRS KRT Taman Utama akan mengambil kesempatan bermain karom sementara menunggu giliran mereka meronda.

Suatu malam salah seorang rakan Peronda SRS telah datang ke Taman Utama dan melihat beberapa orang anggota SRS bermain karom lantas beliau menawarkan untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Perlawanan tersebut telah dilangsungkan pada 20.11.2014 mulai jam 10.00 malam di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.

Rupanya mereka bukanlah calang-calang pasukan, mereka merupakan pemain karom dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dan swasta di Negeri Kedah yang berlatih di sebuah gerai makan yang mereka namakan sebagai "Kumpulan Ketapang" kerana gerai tersebut berada dibawah pokok tersebut.

Akhir perlawanan memihak kepada pelawat dengan keputusan 6 - 1. Paling penting dengan perlawanan ini ianya dapat membantu Peronda SRS menimba pengalaman bermain menentang pelawat yang boleh dianggap profesional dalam permainan ini.


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin