KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Mei 17, 2014

** BAKTI SISWA KHAS - OPS DENGGI **


Pada 17 Mei 2014 seramai 35 orang pelajar Universiti Utara Malaysia, Sintok, Changlun Kedah, telah mengadakan program Bakti Siswa Khas - Ops Denggi di KRT Taman Utama. Siswa dari Kelas SCCA 2073 (Perhubungan Awam) ini diketuai oleh Mohd Nizar b. Sudin dan dipantau oleh pensyarah mereka iaitu En. Khairul Nizam b. Shuib.

Objektif utama program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat kepentingan menjaga kebersihan supaya bebas dari Aedes dan Denggi dan untuk merapat silaturrahim di antara pelajar dan komuniti Taman Utama.

Program mendapat kerjasama sepenuhnya dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, Majlis Bandaraya Alor Setar, Syarikat Environment Idaman dan warga Taman Utama.


Program telah bermula pada 16.5.2014, apabila pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar datang menyembur semburan fogging ke rumah-rumah di Taman Utama mulai jam 7.00 malam. Menurut pihak Pejabat Kesihatan semburan fogging hanya dapat dilakukan pada waktu ini kerana nyamuk Aedes mulai keluar dan aktif dari jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi.

Pusat Rukun Tetangga turut disembur.

Pada pagi 17.5.2014, pihak Majlis Bandaraya Alor Setar telah menghantar peralatan gotong royong manakala pihak Syarikat Environment Idaman pula telah menghantar seramai 10 orang pekerja bersama peralatan dan kenderaan mereka bagi program ini.

Jawatankuasa KRT menyambut dan menerima peralatan dari MBAS.

Jiran Wanita sibuk menyediakan sarapan pagi iaitu nasi lemak dan teh tarik.

Pada jam 8.30 pagi para siswa dari UUM mulai tiba dengan cara berkonvoi menaiki kereta mereka sendiri. Setelah diadakan majlis taklimat dan sarapan pagi, program bermula dengan segmen senamrobik yang melibatkan pihak siswa dan warga Taman Utama.

Ketibaan siswa disambut oleh barisan Jawatankuasa KRT Taman Utama.

Mendengar taklimat.

Tuan Setiausaha mempengerusikan majlis taklimat.

Selamat datang kepada anak-anak dari UUM dan terima kasih kerana memilih KRT Taman Utama sebagai lokasi program.

Ucapan dari ketua siswa.

Sessi pemanas badan, senamrobik.

Selesai senamrobik, para siswa mulai dibahagikan kepada 8 kumpulan dimana setiap kumpulan dipantau oleh seorang AJK KRT Taman Utama. Turut menyertai mereka ialah warga Taman Utama sendiri. Aktiviti yang dibantu oleh pekerja Syarikat Environment Idaman ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari dan diikuti dengan segmen ceramah berkaitan Aedes dan Denggi yang diberikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar.

Turut hadir menyertai ialah En. Mohd Khaleb, Ahli Majlis MBAS dan En. Khairul Nizam, Pensyarah Perhubungan Awam UUM.

Pembahagian kumpulan dan agihan peralatan.

Bergambar bersama En. Mohd Khaleb sebelum memulakan operasi.

Kecil besar, tua muda menyertai siswa membersih kawasan Taman utama.

Pekerja dari Syarikat Environment Idaman.

Pihak Pejabat Kesihatan turut menyembur racun ketika operasi gotong royong dilakukan.





Hasil operasi...

Ceramah oleh Pegawai Kesihatan Daerah Kota Setar.

Penduduk melihat pameran yang diadakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar.



Sessi makan tengahari, bermenukan resipi ala kampung ..

Cenderahati daripada pensyarah UUM kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar.

Selesai ceramah, majlis berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohur. Siswa lelaki berehat di dewan Taman Utama manakala siswa perempuan ditempatkan di sebuah homestay yang berhampiran dewan yang diberikan secara percuma oleh pemiliknya kepada siswa sempena program ini.

Aktiviti diteruskan pada jam 3.00 petang dengan sessi membersih rumah Warga Emas dan OKU. Terdapat 3 buah rumah yang telah dikenalpasti oleh jawatankuasa dan siswa telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang diketuai oleh 2 orang AJK KRT Taman Utama pada setiap kumpulan.

Selesai membersih rumah mereka para siswa meneruskan aktiviti dengan mengedar risalah berkaitan Aedes dan Denggi kepada penduduk yang dilakukan dari rumah ke rumah. Risalah telah dibekalkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Siswa berpelukan bersama Warga Emas yang terlantar sakit. Siswa turut menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan seharian seperti beras, gula dan sebagainya.

Mengedar risalah kepada penduduk.





Terdapat penduduk yang menyediakan makanan kepada siswa sewaktu berkunjung ke rumah mereka.

Program Bakti Siswa Khas ini berakhir pada jam 5.30 petang dengan majlis penutupan yang dilakukan oleh Pengerusi KRT Taman Utama selaku wakil Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar. Turut hadir ialah En. Khairul Nizam b. Shuib Penyarah Kelas Perhubungan Awam UUM.

Namun majlis tidak berakhir disitu sahaja kerana pihak siswa lelaki turut mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak dan karom dengan Jawatankuasa dan Peronda SRS KRT Taman Utama sebaik sahaja majlis penutupan. Perlawanan berakhir pada jam 6.45 petang.

Semoga program ini mendapat manfaat sepenuhnya kepada ke dua pihak dan semoga silaturrahim ini akan berterusan... Ampun maaf jika terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang program ini berlangsung.

Cenderahati siswa kepada pensyarah.

Cenderahati siswa kepada KRT Taman Utama.

Cenderahati KRT Taman Utama kepada UUM.

Gambar sebaik selesai majlis penutup.

En. Khairul Nizam bermain karom bersama Jawatankuasa dan Peronda SRS Taman Utama.

Aksi futsal padang.



1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Sy wakil dr student UUM. Ni video program lepas. :-)

    http://www.youtube.com/watch?v=pRQQwKuSzfM

    BalasPadam

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin