KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, Oktober 03, 2014

** HARI KESIHATAN KOMUNITI **


National Kidney Foundation (NKF), Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dengan kerjasama KRT Taman Utama telah berjaya mengadakan program Hari Kesihatan Komuniti pada hari Khamis, 2 Oktober 2014 di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. 

Objektif program ialah :
1. Bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang dan penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi,
2. Untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan kesejahteraan di kalangan komuniti,
3. Untuk memupuk gaya hidup yang sihat di kalangan komuniti.

Program pemeriksaan kesihatan ini diberikan secara percuma. Ianya bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Seramai 7 orang kakitangan daripada pihak NKF dan YSB telah datang mengendalikan program ini.

Pakej pemeriksaan merangkumi ujian tekanan darah, indeks jisim tubuh, ukur lilit pinggang, ujian gula dalam darah, ujian air kencing dan sessi kaunseling.

Pada awalnya sessi pemeriksaan akan diadakan di dalam bas bergerak, namun kerana pada waktu petangnya bas tersebut akan menjalani penyelenggaran di PUSPAKOM, maka permeriksaan di waktu petang telah dilakukan di dalam Pusat Rukun Tetangga.

Ramai penduduk Taman Utama telah mengambil kesempatan menjalani pemeriksaan ini, walaupun hujan turun dengan lebatnya mulai jam 10.00 pagi dan reda pada jam 12.00 tengahari.

Turut datang menyaksikan program ialah Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena iaitu YM Ku Aziz b. Ku Mat Esa dan En. Abdul Halim b. Alwi yang turut menjalani pemeriksaan kesihatan mereka.


Pengerusi KRT Taman Utama bersama kakitangan NKF dan YSB.

Tuan Haji Jusoh Mat Daud, Timbalan Pengerusi KRT Taman Utama menjadi individu pertama menjalani pemeriksaan.


Suasana di dalam bas.



Pendaftaran pemeriksaan.







Petugas disajikan dengan makan tengahari menu ala kampung.

Sessi pemeriksaan di dalam dewan.







Pengerusi menemani PPD JPNIN mengisi borang pemeriksaan..





Pengerusi KRT Taman Utama sedang menjalani pemeriksaan, alhamdulillah, semua okey cuma masalah berat badan dan tekanan darah saja...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin