KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Oktober 06, 2014

** PROGRAM QURBAN AIDILADHA 1435H **


Hari Raya Aidil Adha 1435H / 2014 telah jatuh pada hari Ahad, 5 Oktober 2014. Warga Taman Utama turut mengadakan ibadah qurban sempena hari raya ini. Sebanyak 6 ekor lembu telah diqurbankan di Masjid Seberang Pumpong, berhampiran Taman Utama.

Seramai 16 orang AJK dan Peronda SRS Taman Utama telah terlibat dalam program qurban ini yang bermula dari proses penyembelihan sehingga ke akhirnya iaitu pengagihan daging qurban tersebut.

Sembelihan dilakukan oleh Tuan Imam Masjid Seberang Pumpong mulai jam 10.00 pagi dan proses berakhir pada jam 12.00 tengahari. Walaupun program qurban ini berlangsung dalam suasana hujan yang lebat, namun kemeriahannya tetap dirasai oleh mereka yang terlibat.

Daging yang dijadikan sedekah oleh peserta kemudiannya dibawa ke Pusat Rukun Tetangga dan dimasak oleh Jiran Wanita. Tiga jenis menu disajikan iaitu sup daging, daging goreng dan air asam.

Tuan Imam sedang melakukan sembelihan dengan bantuan warga Taman Utama.

Jawatankuasa dan Peronda SRS sedang membasuh bahagian yang paling tidak digemari untuk memprosesnya tetapi enak dimakan iaitu bahagian perut.

Timbalan Pengerusi KRT Taman Utama memantau kerja memotong daging oleh Peronda SRS.







En. Abu Hassan, pakar membersih perut.

Jiran Wanita sedang menyediakan menu.

Sup daging.

Daging goreng.

Sessi menjamu selera...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin