KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Oktober 12, 2014

** SEMINAR RUKUN NEGARA **


Pejabat Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena telah berjaya mengadakan Seminar Rukun Negara Peringkat Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena pada 11 Oktober 2014.

Seminar yang dikhususkan untuk golongan Tunas Jiran dan Jiran Muda ini telah dilangsungkan di Auditorium Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir, Alor Setar. Seramai 100 orang Tunas Jiran dan Jiran Muda daripada 10 KRT yang terpilih telah menghadiri seminar tersebut. KRT Taman Utama diwakili oleh 7 orang Tunas Jiran dan 3 orang Jiran Muda.

Objektif program ialah :
1. Meningkatkan semangat patriotisme dan memupuk perpaduan pelajar terutama ahli Kelab Rukun Negara di sekolah dan Sekretariat Rukun Negara di IPT.
2. Memberi kesedaran kepada ahli Kelab Rukun Negara / Sekretariat Rukun Negara serta melahirkan generasi muda yang bersatu padu dan bersikap terbuka terhadap kepelbagaian cara hidup dan latar belakang masyarakat.
3. Mengeratkan hubungan kaum dan menjalinkan silaturrahim di kalangan pelajar sekolah dan IPT selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara.
4. Meningkatkan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengalaman pelajar terhadap Prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian.

Sebanyak 3 sessi ceramah telah diberikan kepada peserta. Ceramah 1 - Sejarah Kemerdekaan Negara oleh Pegawai JASA. Ceramah ke 2 - Pengisian Kemerdekaan oleh Pegawai Jabatan Penerangan dan ceramah ke 3 - Penerapan Prinsip Rukun Negara oleh Pegawai JPNIN Kedah.

Seminar ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Para peserta telah dibekalkan dengan baju T, alatulis dan beg sekolah sebagai penghargaan kehadiran kepada mereka.

Perasmian penutup seminar ini telah disempurnakan oleh Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena.




Peserta dari KRT Taman Utama membuat pendaftaran kehadiran.

Tunas Jiran perempuan KRT Taman Utama.

Tunas Jiran lelaki KRT Taman Utama.

Para peserta memakai T shirt program.

En. Mohd Yusof Daud daripada JPNIN Negeri Kedah sedang menyampaikan ceramah.

Jiran Muda perempuan KRT Taman Utama.





Pn. Noorassemah sedang menyampaikan ucapan penutup.

Anak Pengerusi KRT Taman Utama sedang menerima sijil penyertaan.



Peserta dari KRT Taman Utama bergambar kenangan dengan urusetia seminar.

Makan tengahari sebelum bertolak pulang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin