KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, November 01, 2015

** TAKLIMAT APLIKASI SERVING OUR SOCIETY (SOS) TELEFON PINTAR **


Pada 28 Oktober 2015, berlangsung majlis pelantikan jawatankuasa Penyelaras Rukun Tetangga Peringkat Daerah Kota Setar / Padang Terap dan Pokok Sena. Majlis adalah anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena.

Majlis diadakan di tingkat 1, Wisma Persekutuan Alor Setar yang dihadiri oleh semua Pengerusi dan Ketua Peronda SRS yang terdapat dalam daerah berkenaan.

Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik Tuan Haji Abd Kadir, Pengerusi KRT Kg. Berjaya sebagai Pengerusi Penyelaras jawatankuasa tersebut dan turut melantik seramai 24 orang lagi AJK. Pengerusi KRT Taman Utama turut mendapat lantikan dalam jawatankuasa tersebut yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan perpaduan diantara KRT dan membantu KRT yang agak lemah dalam menjalankan aktiviti.

Sebelum pelantikan tersebut ke semua yang hadir telah diberikan taklimat Aplikasi Serving Our Society (SOS) Telefon Pintar yang disampaikan oleh Penolong Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Ahmad Shaker.

Antara Pengerusi KRT yang hadir.



Pegawai Perpaduan Daerah mempengerusikan majlis pelantikan.

En. Ahmad Shaker.

Pengerusi KRT Taman Utama hadir bersama Ketua Peronda SRS, En. Zahid Abdullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin