KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, September 14, 2016

*** PERTANDINGAN KECERIAAN KIBAR JALUR GEMILANG ***


Sempena Hari Kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia 2016, JPNIN Kedah telah menganjurkan pertandingan keceriaan Jalur Gemilang pada premis KRT dan rumah persendirian dalam komuniti yang mempunyai KRT.

KRT Taman Utama turut menyertai pertandingan ini yang bakal diumumkan pada 17 September 2016 sempena Minggu Perpaduan JPNIN Kedah. KRT Taman Utama telah mulai melakukan persiapan mulai 25 Ogos 2016 dengan memasang dan menghias Pusat Rukun Tetangga dengan Jalur Gemilang dan membina pintu gerbang yang diperbuat daripada buloh.

Semua kerja-kerja pemasangan dilakukan pada waktu malam. Juri pertandingan seramai 4 orang dari pelbagai jabatan telah datang melawat pada 6 September 2016. Barisan juri diketuai oleh En. Mohd Yusof b. Daud, Pegawai Kanan JPNIN Kedah.

Semoga KRT Taman Utama mendapat kejayaan !!!






































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin