KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, September 14, 2016

*** GOTONG ROYONG MEMBUAT KETUPAT ***


Menjelang Hari Raya AidilAdha, kaum lelaki akan sibuk dengan persiapan qurban mereka, manakala kaum wanita dengan ketupat pulut. 

Beberapa orang Jiran Wanita yang tidak pulang ke kampong dan tidak mahir membuat ketupat telah bersepakat untuk belajar membuat ketupat daripada beberapa orang dari mereka yang mahir.

Maka pada 11 September 2016, mulai jam 10.00 pagi mereka telah mula belajar membuat ketupat di Pusat Rukun Tetangga. Turut hadir ialah Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena.

Semua perbelanjaan adalah hasil sumbangan wang mereka yang terlibat sahaja. Ketupat yang telah masak telah dimakan beramai-ramai ketika berbuka sunat Hari Arafah pada petang tersebut.

Jiran Wanita membuka daun palas waktu malam



Pn. Noorassemah mencuba membalut ketupat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin