KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Januari 20, 2010

. : KELAS AGAMA JIRAN WANITA : .

Mulai Januari 2010, kelas Fardu Ain Jiran Wanita telah bertukar tempat dari rumah Setiausaha KRT Taman Utama ke rumah no. 195. Hari dan waktunya tidak berubah iaitu tetap dijalankan pada setiap hari Rabu mulai jam 5.30 petang.
Perubahan pertukaran ini adalah disebabkan oleh permintaan tuan rumah iaitu En. Adnan b. Jaafar, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah yang ingin memberikan keselesaan kepada Jiran Wanita yang menyertai kelas ini kerana sewaktu kelas ini diadakan dirumah Setiausaha, peserta yang mengikuti kelas ini terdedah kepada panas petang matahari kerana kedudukan rumah Setiausaha yang bertentangan dengan arah matahari jatuh.
Alhamdulillah, walaupun lokasinya berubah, namun penyertaan tetap menggalakkan apatah lagi dengan kemurahan hati tuan rumah yang sudi menyediakan juadah ringan kepada tenaga pengajar dan Jiran Wanita yang menyertai kelas ini. Semoga Allah melimpahkan lagi rezeki kepada En. Adnan sekeluarga.











Gambar-gambar di atas diambil pada sessi kelas Fardhu Ain pada hari Rabu, 20.1.2010 di rumah En. Adnan b. Jaafar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin