KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Januari 09, 2010

MAJLIS ASYURA 1431H / 2010.

Tarikh : Jumaat, 8 Januari 2010.
Lokasi : Perkarangan rumah Setiausaha.
Masa : 8.00 pagi.
Alhamdulilah majlis Asyura ini telah berjaya diadakan dengan lancar dan jayanya pada hari tersebut. Objektif program ini diadakan adalah untuk memperingati hari-hari kebesaran dalam Islam, mempereratkan tali silaturrahim, memupuk semangat kejiranan dan kerjasama serta gotong royong sesama penduduk pelbagai kaum dan agama yang terdapat di Taman Utama.
Selain menggunakan wang geran Rukun Tetangga, sumbangan berjumlah RM 697.00 juga telah diperolehi daripada penduduk yang sudi menderma bagi menjayakan program ini. Terima kasih kepada yang menyumbangkan wang ringgit dan yang turut menyumbangkan tenaga pada majlis tersebut.
Sarapan pagi yang disediakan ialah pulut kukus ikan kering serta kuih, manakala makan tengahari ialah nasi putih masak ala kampong. Turut hadir dalam majlis ialah En. Mohd Shafirul b. Abd Satar, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar dan En. Mohd Zulkifli b. Ismail, Penghulu Mukim Pumpong.
Setiausaha KRT Taman Utama. Perkarangan rumah beliau dijadikan lokasi majlis Asyura.
Jiran Wanita sedang mengupas pisang.
Jiran Wanita sedang meleraikan jagung. Bila musim Asyura jagung pun naik harga, RM 0.80 satu jantung.
Jawatankuasa lelaki KRT Taman Utama dan penduduk sedang memasang khemah.
Tu dia... Bendahari KRT Taman Utama sedang MENYOROK pulut. ( sarapan pagi ) dengan ditemani oleh En. Abd Rashid Omar.
Ha tu dia pulut kukus ikan kering.... betul betul HOLIAU...
Jiran Usia Emas turut membantu mengupas kacang . Terima kasih Mak Pah yang banyak membantu aktiviti KRT Taman Utama.
Atas semangat kerjasama, Dr. Idyawati yang bertugas di Jabatan Psykiatri sanggup membantu sambil menidurkan anak dalam pangkuan.
Tuan Haji Mahmud, ustaz yang memberikan kuliah mingguan kepada Jiran Wanita turut turun membantu.
Bubur yang sedang dimasak.
Dr. Ahmad Fauzi (baju hijau) bertugas di Jabatan Orthopedic, turut serta menyertai gotong royong Asyura.
Pengerusi Jiran Wanita, Pn. Rosni Kasim sedang melayan penduduk dengan pulut ikan kering.
Ni, nak mengacau bubur atau nak posing Pak Ku?
En. Mohd Shafirul (baju kuning) dan En. Mohd Zulkifli.

En. Md Nasser dan Mak Lang sedang mengagihkan bubur.... baik baik sikit nanti tertumpah kena baju RT yang baru tu pula....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin