KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Januari 23, 2010

< LIGA SUKAN KOMUNITI DUN BAKAR BATA >

Pada 22 Januari 2010, (Jumaat) hingga 23 Januari 2010, (Sabtu), beberapa orang AJK KRT Taman Utama dan penduduk telah menyertai Liga Sukan Komuniti DUN Bakar Bata yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Komuniti Bakar Bata. Liga ini diadakan di Dewan Orang Ramai Blok D Taman Wira Mergong dan Padang Bola Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang terletak berhampiran dengan KRT Taman Utama.


Jiran Wanita KRT Taman Utama telah menyertai acara Bola Jaring, Congkak, dan Batu Seremban Tradisional. Setiausaha KRT Taman Utama menyertai acara pertandingan Karom, manakala Tunas Jiran menyertai acara bolasepak 9 sebelah bawah umur 12 tahun. Bagi acara bola jaring, Jiran Wanita KRT Taman Utama yang diketuai oleh AJK KRT Taman Utama iaitu Pn. Noorhasimah bt. Yusof telah muncul sebagai Naib Johan dalam pertandingan yang dijalankan secara liga antara 8 pasukan.


Dalam acara Karom yang dijalankan secara kalah mati, Setiausaha KRT Taman Utama hanya berjaya menduduki tempat ke 4 sahaja apabila beliau ditewaskan oleh pemain yang sering mewakili PKNK Kedah ke pertandingan yang dijalankan diperingkat Negeri dan Kebangsaan iaitu En. Ramli Ahmad bagi menentukan peserta ke peringkat akhir. Di peringkat menentukan tempat ke 3 dan ke 4, beliau sekali lagi ditewaskan oleh peserta yang mewakili MBAS.


Bagi acara Batu Seremban Tradisional, AJK KRT Taman Utama iaitu Pn. Norrizah bt. Abd Wahab telah berjaya muncul sebagai Johan, manakala bagi acara Congkak beliau hanya berjaya melepasi pusingan ke dua sahaja. Begitu juga dengan acara bolasepak, pasukan Tunas Jiran hanya berjaya mara ke pusingan ke dua sahaja sebelum tewas kepada pasukan yang akhirnya berjaya menjadi juara dalam pertandingan ini.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang.


Setiausaha dan Pn. Norrizah bersama hadiah kemenangan.


Ha.. ini lah dia Pn. Noorhashimah, Otai bola jaring KRT Taman Utama yang bertindak sebagai penjaring utama pasukan... Lepas ini adalah yang berminat nak import dia kot....


Sedang menanti untuk beraksi dalam perlawanan pertama menentang pasukan yang hampir 80% dibarisi oleh pemain MAKSAK Kedah.....



Alamak !! miss la pulak ...


Aksi pemain bolasepak ......


Pn. Norrizah sedang beradu dalam acara Congkak ... Hmm ... tengah dok bilang buah ke???...


Yahoooo... goaaal....


Barisan pemain bolasepak Tunas Jiran... Tak pa, lepas ni kita cuba lagi....


Ha!! ini dia aksi Setiausaha dalam acara karom.. aparaaa penganjur,.. guna biji karom plastik saja... tak canggih dan tak perihatin langsung !!!


Ni sewaktu beraksi di peringkat suku akhir..


YB Dato' Paduka Ahmad Bashah b. Md. Hanipah, ADUN Bakar Bata sedang menyaksikan Jiran Wanita bertarung dalam acara Batu Seremban Tradisional.


Tu dia gaya seorang jaguh..... wa caya lu beb !!!


Setiausaha KRT Taman Utama sedang menerima hadiah daripada YB Dato' Paduka Ahmad Bashah.


Lihatlah dunia ... aku dah menang...


Pose maut bersama Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Utama, Pn. Rosni bt. Kasim, dibarisan tengah belakang.








1 ulasan:

  1. tahniah buat semua warga KRT Taman Utama... dan terima kasih juga diatas penglibatan n sokongan...

    BalasPadam

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin