KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Januari 13, 2010

. : SKIM RONDAAN SUKARELA : .

Pada 8 Januari 2010, bertempat di premis Koperasi Penghulu-penghulu Negeri Kedah beralamat di no. 116, Taman Utama, Biro Skim Rondaan Sukarela (SRS) telah mengadakan suatu taklimat mengenai SRS. Taklimat bermula jam 10.30 malam ini diadakan bagi mengaktifkan kembali SRS yang terhenti beberapa bulan kerana kekurangan sukarelawan.


Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Shafirul b. Abd Satar, Penolong Pegawai Perpaduan JPNIN Daerah Kota Setar. Turut hadir bersama beliau ialah En. Abd. Halim b. Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan JPNIN Daerah Kota Setar.


Seramai 25 orang penduduk termasuk beberapa orang AJK KRT Taman Utama telah menghadiri taklimat ini. Dalam sessi soaljawab, beberapa rumusan dan ketetapan telah dicapai, antaranya ialah pelantikan En. Zahid b. Abdullah, sebagai Ketua SRS yang baru dengan dibantu oleh En. Abd Rashid b. Omar dan En. Khoo Kek Hoo.


Pada majlis tersebut, En. Mohd Shafirul telah menyampaikan beberapa buku panduan dan peralatan rondaan yang baru kepada ketua SRS yang dilantik serta pengedaran borang kepada beberapa orang sukarelawan yang baru.


Selesai taklimat, para peserta telah diraikan dan diberikan jamuan makan oleh Dato' Rahman b. Ahmad, Pegawai Daerah Kulim di restoran yang berdekatan Taman Utama, yang kebetulan sedang menjamu selera bersama keluarga beliau di situ.



En. Mohd Shafirul sedang menyampaikan taklimat.

En. Abd. Halim b. Alwi.









Sukarelawan sedang menjamu selera.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin