KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Mac 07, 2010

- POS KAWALAN SKIM RONDAAN SUKARELA -

Sementara menunggu kelulusan rasmi seramai 37 orang peserta sukarelawan Skim Rondaan Sukarela yang baru untuk tahun 2010, daripada pihak JPNIN dan PDRM, beberapa orang AJK KRT Taman Utama dengan diketuai oleh En. Zahid b. Abdullah, Ketua SRS telah mengambil inisiatif untuk membaikpulih pondok atau pos kawalan SRS di Fasa II Taman Utama.

Pos yang terletak dihadapan rumah En. Mohd Fadzil b. Ibrahim dan En. Din b. Mansor ini merupakan pondok yang penuh nostalgia kepada penduduk Taman Utama kerana bermula dari perbincangan kecil di bawah pondok inilah yang membibitkan penubuhan KRT Taman Utama. Hasil persetujuan yang dicapai dari beberapa sessi perbincangan pada tahun 2000, En. Yahya b. Abd Raof telah mengorak langkah untuk mengedar borang penubuhan Pakatan Kebajikan Dan Kebajikan Masyarakat Taman Utama diikuti dengan penubuhan KRT Taman Utama pada tahun 2004.

Pondok yang dibaikpulih ini adalah hasil sumbangan wang ringgit beberapa orang AJK KRT dan penduduk Taman Utama sendiri tanpa menggunakan satu sen pun wang KRT. Alhamdulillah selepas bergotong royong selama beberapa jam iaitu mulai jam 6.00 ptg selama beberapa minggu, akhirnya pos ini berjaya ditegakkan pada 6 Mac 2010 lalu. Bahan yang digunakan ialah kayu-kayu terpakai yang dikumpul sendiri oleh En. Mohd Fadzil dan En. Zahid di sekitar kawasan Taman Utama.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Zahid dan anggota SRS lain yang membantu usaha membaikpulih pondok ini. Semoga inisiatif ini mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin