KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Mac 21, 2010

KRT TAMAN UTAMA SEBAGAI KAMPONG ANGKAT

Ekoran daripada program Gotong Royong Bersama Komuniti antara pihak KRT Taman Utama dan Syarikat Environment - Idaman Sdn Bhd, (E-Idaman) pada 13 Februari 2010 lalu, pihak yang mengurus pelupusan sisa pepejal di Negeri Kedah ini telah tertarik kepada KRT Taman Utama apabila melihat kejayaan yang dicapai hasil kerjasama dalam program yang dianjurkan. Ini termasuklah komitmen pihak jawatankuasa dan penglibatan seluruh penduduk sewaktu gotong royong secara usahasama tersebut diadakan.

Hasilnya, pihak E-Idaman Sdn Bhd telah melahirkan hasrat mereka untuk menjadikan KRT Taman Utama sebagai "Anak Angkat" dalam melaksanakan program "Kampong Angkat" mereka yang pertama dalam Daerah Kota Setar. Sehubungan dengan itu suatu majlis taklimat telah diadakan antara ke dua pihak pada 17 Mac 2010, pada jam 9.00 malam, bertempat di Myvi Sea Food Restoran, Jalan Gangsa, yang terletak berhampiran Taman Utama.

Pihak E-Idaman telah diketuai oleh YM Tunku Abaidah b. Yusoff, Pengurus korporat & Komunikasi dan dibantu oleh En. Fissal b. Abu, selaku timbalan beliau. Manakala pihak KRT Taman Utama telah diketuai sendiri oleh Pengerusi, En. Mohamad Noor b. Harun yang diiringi seramai 18 orang AJK lain.

Hasil dari sessi taklimat dan percambahan fikiran pada malam itu, pihak KRT Taman Utama telah bersetuju untuk menerima tawaran sebagai perintis projek "kampong angkat" Syarikat E-Idaman yang pertama dalam Daerah Kota Setar. Suatu majlis rasmi untuk pelancaran program ini akan diadakan dalam tempoh waktu yang terdekat ini.

Alhamdulillah, daripada 280 buah kawasan perumahan yang ada dalam Daerah Kota Setar, KRT Taman Utama yang dipilih sebagai perintis program ini. Semoga hasrat murni ini dapat direalisasikan seperti yang dirancang.

YM Tunku Abaidah sedang menerangkan konsep dan kaedah pelaksanaan Kampong Angkat kepada jawatankuasa KRT Taman Utama.

En. Khoo Kek Hoo sedang menyoal balas kepada pihak E-Idaman.

Antara AJK KRT Taman Utama yang hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin