KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, Ogos 05, 2010

SUKANEKA 3R


Pada Sabtu, 31 Julai 2009 mulai jam 8.00 pagi, Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd yang menjadikan KRT Taman Utama sebagai Kampong Angkat dalam program kitar semula telah mengadakan pesta Sukaneka 3R bertujuan untuk memberi pendedahan dan memperkenalkan lagi apakah yang dimaksudkan sebagai kitar semula kepada penduduk Taman Utama.

Program bermula dengan senamrobik dan tarian Poco-poco yang disertai oleh hampir 200 orang penduduk Taman Utama dan masyarakat disekitarnya. Acara sukaneka yang berteraskan permainan menggunakan bahan-bahan yang dikitar semula dibahagikan kepada 4 acara iaitu peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, dewasa dan acara berkeluarga.

Program juga diisikan dengan acara cabutan bertuah dan penyerahan barang-barang terpakai yang dikumpul oleh penduduk kepada pihak e IDAMAN. Walaupun terdapat sedikit kontroversi dalam slot ini, diharapkan ianya tidak akan menjejaskan program kitar semula ini dimasa akan datang.

Acara ini telah berakhir pada jam 11.30 pagi. Kesimpulannya program ini berjaya menarik minat dan perhatian penduduk dalam menghayati program kitar semula dan berjaya menimbulkan semangat perpaduan, kemesraan dan kerjasama dikalangan penduduk yang diterjemahkan dalam penyertaan senamrobik, sukaneka dan penyerahan bahan kitar semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin