KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Ogos 03, 2010

MAJLIS TAZKIRAH RAMADHAN 1431H.

Majlis Tazkirah Ramadhan 1431H telah diadakan pada Khamis, 29 Julai 2010 mulai jam 9.30 malam, di perkarangan rumah Setiausaha KRT Taman Utama. Program ini adalah kerjasama diantara pihak KRT Taman Utama dan Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama dimana hampir 95% Jawatankuasa KRT Taman Utama adalah merupakan juga Jawatankuasa Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama.

Pihak KRT Taman Utama menyediakan peralatan khemah, kerusi dan meja serta urusan surat hebahan dan promosi, manakala pihak Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama membuat kutipan derma sumbangan daripada penduduk.

Sejumlah RM 733.00 telah berjaya diperolehi hasil sumbangan penduduk yang digunakan bagi membiayai kos sampingan majlis ini seperti sewa khemah, jamuan bihun goreng dan sumbangan kepada penceramah.

Penceramah jemputan majlis pada kali ini ialah Tuan Haji Ismail b. Haji Sulaiman, Imam Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang terletak berhampiran Taman Utama. Beliau merupakan Imam yang baru dilantik di masjid ini. Sehubungan dengan itu selain mengundang beliau untuk menyampaikan tazkirah, majlis ini juga menjadi medan untuk beliau beramah mesra dan berkenalan secara lebih dekat dengan penduduk Taman Utama. Beliau merupakan bekas imam sebuah masjid di Negara Brunai Darussalam.

Tazkirah yang mengambil masa hampir 1 jam ini berlangsung dalam suasana hujan yang renyai namun berjaya dijalankan dengan meriah dan jayanya. Hampir 150 orang penduduk menghadiri majlis ini. Terima kasih kepada kedua pihak yang menganjurkan majlis secara usahasama ini.

Antara penduduk yang menghadiri majlis tazkirah.

Tuan Haji Ismail b. Haji Sulaiman sedang menyampaikan tazkirah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin