KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, April 02, 2011

PROGRAM MASAKAN JIRAN WANITA


Tarikh : 2 April 2011, Sabtu. Tempat : Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Pengajar : Puan Jamayah bt. Dawi


Tahun 2011, KRT Taman Utama sekali lagi mengorak langkah apabila Biro Jiran Wanita kembali aktif menjalankan aktiviti. Ini ekoran tindakan Setiausahanya yang baru iaitu Puan Ustazah Rogayah bt. Ramli mengambil inisiatif mengadakan pelbagai aktiviti untuk Jiran Wanita mulai Januari lalu. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah majlis bacaan Yasin pada setiap malam Jumaat, kelas fardhu ain pada setiap petang Rabu, Tadarus Al-Quran pada setiap petang Khamis dan yang terkini ialah mengadakan kelas masakan pada 2.4.2011.


Kelas masakan pada 2.4.2011 telah dihadiri seramai 25 orang Jiran Wanita dan telah mengadakan masakan Kek Lapis Sarawak. Kelas bermula pada jam 9.30 pagi dan dikendalikan oleh salah seorang penduduk Taman Utama yang berasal daripada Sarawak iaitu Puan Jamayah binti Dawi yang mengikuti suaminya bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.


Disamping berkumpul untuk program masakan, dikesempatan itu juga Jiran Wanita telah berjaya melantik beberapa orang jawatankuasa kecil bagi biro ini. Barisan Jawatankuasa biro adalah seperti berikut :


Pengerusi.


PUAN ROSNI BT KASIM.

Timbalan Pengerusi.

PUAN NOOR HASHIMAH BT. YUSOF.

Setiausaha.

PUAN USTAZAH ROGAYAH BT. RAMLI.

Bendahari.

PUAN NORRIZAH BT. ABD WAHAB.

Penolong Bendahari.

PUAN NORZIAH BT.

Ahli Jawatankuasa.

PUAN SALMAH BT. ALI.

PUAN NOORHAFIZA BT. AHMAD.

PUAN INDUN BT. ECHEK.

PUAN KHALIJAH BT. KAMIS.

PUAN ROZITA BT. TAK.

PUAN MAHERAN BT. MURAD.

Turut hadir pada penghujung program ini ialah En. Mohd Shafirul b. Abdul Sattar, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar. Beliau menyarankan agar Jiran Wanita menjalankan program ekonomi dengan membuat jualan Kek Lapis Kedah dan mencadangkan agar Pengerusi menghubungi pelbagai agensi kerajaan yang ada seperti MADA, KEDA dan sebagainya bagi membantu merealisasikan program ekonomi ini.




Ustazah Rogayah sedang memberi ucapan aluan majlis.



Puan Jamayah, yang mesra dengan panggilan Maya sedang memulakan program.



Ustazah sedang mengedarkan resipi kek lapis.



Antara bahan dan peralatan yang digunakan.





Pn. Noorhafiza turut membantu.....



Antara Jiran Wanita yang hadir.











Jiran Wanita saling membantu dalam menyediakan bahan masakan.







Lapisan kek yang pertama.







Ha... dah masuk dalam oven..



Dua perasa yang digunakan iaitu Milo dan Horlick yang dicampur orange.





Yahooooo .. dah masak pun.... tapi, ini baru lapisan yang pertama....



Haa.. kita taruk untuk lapisan yang kedua pula .....



Tunas Jiran yang mengikuti ibu mereka dah tak sabar nak menjamah kek lapis....



Jeng ! jeng ! .... dah masak ......



Ha... ini lah dia Kek Lapis Taman Utama .....



Puan Rokiah bt. Ali, salah seorang Jiran Wanita yang kebetulan menyambut hari lahir pada hari tersebut, diberikan penghormatan memotong kek diringi nyanyian selamat panjang umur....





Tu dia ! Tunas Jiran dah tak sabar ...... Minta mak, kuih sepotong, saya mahu makan kerna perut kosong...



Kek agak cair kerana masih belum sejuk sepenuhnya, tapi kerana masa dah hampir ke jam 12.00 tengahari, kena potong juga lah kek ini...



Kek yang dihidangkan untuk Penolong Pegawai Perpaduan dan AJK KRT Taman Utama yang turut hadir memberi sokongan,



Potongan kek yang diagihkan kepada yang hadir. Pada peringkat awal hanya 25 orang sahaja tapi bila dah tiba ke penghujung, sudah mencapai 50 orang jadinya ...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin