KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, April 10, 2011

SUMBANGAN AHLI PARLIMEN ALOR SETAR.


Akhir tahun 2010, blogger telah mengemukakan permohonan sumbangan kewangan kepada YB Dato' Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Alor Setar bertujuan bagi kerja-kerja untuk memasang jerjak besi di pintu dan membina tandas dan setor di belakang Pusat Rukun Tetangga KRT Taman Utama.


Permohonan yang dikemukakan adalah berjumlah RM10,000.00. Pada 5 April 2011, blogger telah menerima panggilan daripada pejabat YB Dato' Wira Chor Chee Heung yang meminta blogger hadir untuk menerima sumbangan tersebut pada suatu majlis khas di pejabat YB Dato' Wira Chor Chee Heung di Jalan Pegawai, Alor Setar.


Majlis sumbangan kepada beberapa NGO dalam Parlimen Alor Setar telah dilakukan sendiri oleh YB Dato' Wira Chor Chee Heung. Dalam ucapannya beliau memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sepenuhnya permohonan yang dikemukakan kepada beliau kerana peruntukan kewangan yang terhad dan terpaksa menggunakan sumber dari pelbagai agensi kerajaan yang ada bagi melunaskan semua permohonan, termasuklah daripada KRT Taman Utama.


Beliau hanya dapat memberikan sumbangan berjumlah RM 3,000.00 sahaja kepada KRT Taman Utama. Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat sepenuhnya permohonan yang diminta, sekurang-kurangnya jumlah ini dapat melunaskan beberapa bil tertunggak KRT Taman Utama kepada pembekal bahan binaan Pusat Rukun Tetangga yang berjumlah hampir RM 3,000.00 juga.


Bagi pihak Jawatankuasa dan penduduk KRT Taman Utama, blogger merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Dato' Wira Chor Chee Heung di atas sumbangan ini.



Blogger sedang menerima sumbangan daripada YB Dato' Wira Chor Chee Heung.


Dato' Wira Chor Chee Heung sedang memberikan ucapan.



Antara penerima lain...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin