KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, Jun 23, 2011

SAMBUTAN HARI BAPA 2011



Sempena sambutan Hari Bapa yang diraikan pada 19 Jun, KRT Taman Utama telah mengadakan majlis bacaan Yasin di Pusat Rukun Tetangga pada hari Khamis, 23 Jun 2011. Memandangkan ceramah agama Israk dan Mikraj akan diadakan pada 29 Jun nanti, maka majlis bacaan Yasin ini diadakan sebagai alternatif.


Sebanyak RM 150.00 diperuntukkan oleh KRT bagi mengadakan jamuan untuk majlis ini. Namun jumlah ini meningkat apabila ramai dikalangan penduduk yang mengetahui program ini telah menyumbang tenaga dan wang ringgit sehinggalah menu asalnya Bihun Goreng menjadi Nasi Beriyani Ayam. Sejumlah 120 pek bungkusan yang mengandungi Nasi Beriyani, Dadih, Kuih Tepung Bungkus dan air kotak minuman telah berjaya diberikan kepada penduduk yang hadir.


Turut hadir pada malam tersebut ialah En. Ismail b. Haji Kasim, Bilal Masjid Al-Hussain Seberang Pumpong yang diundang menjadi Khalifah majlis. Majlis bermula pada jam 8.15 malam. Selesai bacaan Yasin dan Tahlil, semua kaum lelaki yang hadir bersama-sama menunaikan solat Isyak berjemaah di Pusat Rukun Tetangga ini.


Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat terutama yang membantu menghulurkan wang ringgit dan tenaga bagi menjayakan majlis ini.












En. Ismail b. Haji Kasim, berbaju puteh, Bilal Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong menjadi Khalifah bacaan Yasin.















Pn. Norrizah bt. Abd Wahab, AJK KRT sedang mengedarkan pek makanan kepada penduduk yang hadir..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin