KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, Jun 03, 2011

TAKLIMAT KEPADA WARIS KEM SOLAT JIRAN MUDA 2011



Menjelang Kem Solat Jiran Muda 2011 pada 5 hingga 6 Jun 2011 ini, suatu taklimat khas kepada ibubapa peserta kem ini telah diadakan. Taklimat bertujuan untuk memberi penerangan perjalanan dan pengisian kem selama 2 hari 2 malam ini kepada ibubapa bagi memudah dan melancarkan program.


Taklimat yang bermula pada jam 5.45 petang ini telah disampaikan oleh Pengerusi KRT Taman Utama. Sehingga 3 Jun 2011, seramai 89 orang Tunas Jiran dan Jiran Muda yang berumur dari 6 hingga 17 tahun telah mendaftar untuk menyertai kem ini.


Sementara itu pada waktu paginya beberapa orang AJK KRT Taman Utama dan penduduk, sekali lagi hadir bergotong royong membersih Pusat Rukun Tetangga, tempat bakal diadakan program serta membasuh peralatan memasak yang akan digunakan sepanjang kem ini berlangsung.




Pengerusi sedang menyampaikan taklimat.


Sebahagian daripada ibubapa yang hadir.










Ibubapa yang hadir menurunkankan tandatangan kehadiran.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin