Pada awalnya majlis ini dijadualkan akan diadakan dibawah khemah, di luar Pusat Rukun Tetangga, namun disebabkan cuaca buruk kerana hujan lebat yang turun mulai jam 3.00 petang hingga ke malam, maka majlis terpaksa diadakan di dalam premis sahaja dimana kaum wanita dan kanak-kanak ditempatkan dalam premis manakala kaum lelaki di luar premis.
Alhamdulillah berkat usaha dan kerjasama penduduk yang menghulurkan sumbangan tenaga dan wang ringgit, majlis berlangsung dengan jayanya walaupun dalam cuaca buruk dan bersaing dengan satu lagi ceramah Israk Dan Mikraj yang diadakan oleh Masjid Seberang Pumpong yang terletak berhampiran Taman Utama.
Menu utama jamuan pada malam tersebut ialah Nasi Lemak, namun terdapat juga penduduk yang menghulurkan jamuan sampingan yang lain seperti kueh, keropok lekor dan Laksa Sarawak yang didatangkan khas dari Sarawak dengan pesawat Air Asia oleh Puan Jamayah bt. Ramli dan suaminya Bolki b. Bolhi, penduduk Taman Utama yang berasal dari Sarawak.
Disamping ceramah, slot juga diisi dengan persembahan nasyid dan bercerita oleh Tunas Jiran yang teruja untuk turut memberikan sumbangan mereka dalam majlis ini. Sekali lagi Team Wonderpets berjaya dilahirkan oleh KRT Taman Utama dikalangan kanak-kanak, iaitu berteraskan slogan, APA YANG PENTING, KERJASAMA...
Majlis yang bermula pada jam 8.45 malam ini telah berakhir pada jam 10.30 malam. Terima kasih kepada semua penduduk yang memberikan komitmen dan kerjasama bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada Y. Bhg Ustaz Sarbani yang sudi melapangkan waktu datang menyampaikan ilmunya kepada warga Taman Utama.
Persiapan jamuan tengahari dan malam oleh Jiran Wanita.
Tak sabar untuk memulakan persembahan......
Jiran Wanita sedang menghidangkan jamuan untuk VIP.
Persembahan nasyid oleh kumpulan Nada Seri Utama yang baru ditubuhkan 3 hari sebelum majlis diadakan. Tahniah kepada anak-anak yang begitu bersemangat menyanyi untuk tatapan ibubapa masing-masing...
Persembahan bercerita oleh adik Zaiyusri b. Zainol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.