Sempena cuti sekolah pertengahan tahun 2011, KRT Taman Utama telah menganjurkan Kem Solat untuk Tunas Jiran dan Jiran Muda mulai 5 hingga 6 Jun 2011. Kem telah dijalankan selama 2 hari 2 malam di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama dan disertai oleh 93 orang peserta. Kem dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Sarbani b. Saad, Pegawai Agama Jabatan Penjara Alor Setar Kedah, manakala En. Mohd Sharipudin, Setiausaha KRT Taman Utama bertindak sebagai Kem Komandan.
Kem ini telah mendapat suntikan dana kewangan daripada JPNIN Negeri Kedah serta sumbangan daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah, Yayasan Sultanah Bahiyah, BERNAS Cawangan Alor Setar, Restoran Tat Nasi Ayam dan sumbangan daripada beberapa penduduk Taman Utama.
Objektif utama kem ini diadakan ialah bagi mendalami ilmu berkaitan solat, menilai semula solat yang telah diamalkan, memperbetulkan kesilapan yang dilakukan, berbincang masalah berkaitan solat dan melahirkan generasi yang soleh dikalangan Jiran Muda Taman Utama.
Aktiviti yang dijalankan dalam kem ini ialah ceramah, latihan amali, praktikal, perbincangan dan soal jawab. Kesemua peserta dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00 setiap seorang dan diberikan sijil penyertaan. Peserta juga disediakan peralatan seperti buku program, tandanama, fail, buku nota, pensil dan diberikan makan minum 4 kali sehari iaitu makan pagi, tengahari, petang dan malam.
Perasmian penutup kem ini telah disempurnakan oleh Puan Suria bt. Baharom, Timbalan Pengarah JPNIN Kedah yang mewakili Pengarah JPNIN Kedah yang mempunyai tugasan rasmi di Port Dickson.Turut hadir pada malam tersebut ialah Puan Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap dan Cik Shahnie Farhana daripada akhbar Sinar Harian yang banyak mempromosikan aktiviti KRT Taman Utama didada akhbar mereka.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem yang julungkalinya dianjurkan ini terutama kepada Ustaz Sarbani b. Saad, AJK KRT Taman Utama, Jiran Wanita dan penduduk yang menyumbang tenaga dan wang ringgit. Hanya Allah sahaja yang akan membalas bakti dan keringat yang dicurahkan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.