Pada 27 Jun hingga 2 Julai 2011, beberapa orang AJK KRT Taman Utama bersama beberapa orang Peronda SRS dan Jiran Wanita telah mengadakan lawatan ke Bukit Tinggi Padang, Indonesia. Turut menyertai ialah beberapa orang AJK dan penduduk daripada KRT Kg. Berjaya, Mergong dan KRT Seberang Perak. Rombongan diketuai oleh En. Mohd Shafirul b. Abdul Satar dan En. Noorhasmadi b. Mohd. Noor, Pegawai JPNIN Daerah Kota Setar.
Ini merupakan lawatan integrasi kali ke dua yang disertai oleh warga KRT Taman Utama, selepas mengunjungi Sarawak dan Brunai pada bulan Mac 2011 lalu. Untuk tatapan bersama, disertakan gambar yang dirakamkan oleh En. Abdul Rashid b. Omar, Pengerusi Biro Jiran Muda yang turut menyertai delegasi lawatan ini bersama keluarga beliau. Terima kasih En. Abdul Rashid.
En. Abdul Rashid, berbaju biru bergambar bersama En. Omar b. Khamis, Peronda SRS KRT Taman Utama, disalah suatu lokasi yang mereka kunjungi.
Wow!!!.. cantik dan tinggi sekali air terjunnya....
Jiran Muda ni adalah anak dara En. Abdul Rashid.
En. Omar b. Salleh bersama isteri...
Delegasi lawatan bergambar beramai-ramai..
En. Abdul Rashid bersama isteri...waduh ganteng sekali gambarnya...
Mengapa bapak? Ongkosnya enggak cukup ya? berapa juta rupiah yang dah habis?
Waduh!!! enak sekali nasi padangnya Bu Maheran, kok bisa ditambahnya lagiiii..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.