KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Julai 25, 2011

GOTONG ROYONG DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAKATAN KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN TAMAN UTAMA

Pada hari Sabtu, 23 Julai 2011, sekali lagi KRT Taman Utama menganjurkan program gotong royong membersih kawasan Taman Utama. Tujuan diadakan ialah untuk keceriaan kawasan perumahan menjelang bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma tidak berapa hari lagi. Disamping itu ianya juga bertujuan mencegah aedes dan menghapus denggi.

Program ini mendapat kerjasama daripada pihak Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan pembuangan sisa pepejal Negeri Kedah. Syarikat ini membekalkan peralatan untuk gotong royong dan turut menghantar seramai 12 orang pekerja mereka untuk membantu penduduk Taman Utama.

Sasaran utama program ialah di kawasan padang permainan dan longkang besar disekitarnya bertujuan memudahkan peredaran air daripada kawasan perumahan ke kawasan sungai yang berhampiran. Hasil persetujuan bersama, pihak Environment Idaman membersihkan kawasan padang permainan, longkang besar dan memotong rumput di kawasan tersebut, manakala penduduk Taman Utama memfokuskan kawasan rumah mengikut blok kediaman masing-masing.

Untuk program ini, KRT Taman Utama hanya mengeluarkan perbelanjaan makan minum pekerja Environment Idaman sahaja, manakala pihak penduduk telah menyediakan makanan sendiri mengikut blok rumah masing-masing.

Agak mendukacitakan sedikit pada program kali ini, ramai yang terlibat adalah kaum wanita sahaja, ini disebabkan pada pagi yang sama berlangsung Kejohanan Petronas Cub Prix yang diadakan di Stadium Darul Aman yang terletak berhampiran Taman Utama, menyebabkan sebilangan besar golongan lelaki samada tua atau muda telah berduyun-duyun pergi melihat perlumbaan ini.

Pihak TNB juga secara kebetulan turut datang ke Taman Utama keesokan paginya bagi memangkis dahan dan pokok-pokok yang menganggu kabel letrik di Taman Utama, sekali gus memeriahkan lagi suasana.

Turut dianjurkan pada hari tersebut ialah kutipan pakaian terpakai. Pakaian ini akan disampaikan terus kepada golongan asnaf dan fakir miskin menjelang Hari Raya Aidil Fitri nanti. Blogger telah mengenal pasti NGO yang aktif menjalankan aktiviti ini, iaitu NGO "wargakilang" yang sering menjalankan aktiviti menjelajah kampong di kawasan pendalaman dalam Negeri Kedah untuk mendekati dan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan ini.

Sehingga kini, semakin mencurah-curah pakaian terpakai yang diterima oleh KRT Taman Utama untuk program sempena Ihya' Ramadhan nanti.


Penduduk membersihkan kawasan padang permainan sementara menunggu pihak Environment Idaman yang agak lewat datang membekalkan peralatan.







En. Shaharudin Saad, berbaju gelap, selaku Penolong Setiausaha KRT Taman Utama sedang merangka operasi bersama mandor syarikat.



Mak Pah, Jiran Usia Emas tidak mahu ketinggalan turut serta. Beliau sebenarnya setiap pagi membersihkan kawasan rumahnya apabila pulang daripada menunaikan solat Suboh daripada masjid.

Penduduk berehat sambil menjamu selera dengan juadah yang mereka bawa.








Antara pakaian terpakai yang diterima daripada penduduk.
















MESYUARAT AGUNG PAKATAN KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN TAMAN UTAMA KALI KE 6.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin