Majlis bacaan Yasin sempena malam Nisfu Syaaban telah berjaya diadakan pada hari Sabtu, 16 Julai 2011 bersamaan 14 Syaaban 1432H di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Sekali lagi En. Ismail b. Haji Kasim, Bilal Masjid Seberang Pumpong sudi datang dan menjadi Khalifah majlis ini.
Walaupun majlis ini turut diadakan di masjid yang berdekatan dengan Taman Utama, namun masih ramai yang sudi hadir ke premis KRT ini untuk bersama-sama meraikan dan menghayati malam Nisfu Syaaban tahun ini yang julong kalinya dianjurkan.
Majlis bermula pada jam 8.15 malam yang disudahi dengan jamuan malam berupa bihun goreng yang dimasak secara gotong royong mulai jam 10.00 pagi lagi. Program ini menggunakan peruntukkan kewangan lebihan dari program Israk' Mikraj yang lalu, namun masih terdapat penduduk yang turut menghulurkan bantuan seperti wang ringgit dan sumbangan air mineral bagi menjayakan majlis ini.

Cikgu Jusoh, Timbalan Pengerusi KRT sedang menikmati bihun sup yang dijadikan sebagai sajian petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.