KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, Oktober 28, 2011

GOTONG ROYONG MEMBERSIH DEWAN

Pada hari Jumaat, 28 Oktober 2011, mulai jam 9.00 pagi seramai 12 orang penduduk yang terdiri daripada AJK KRT Taman Utama dan Peronda SRS telah mengadakan gotong royong membersih dewan ataupun Pusat Rukun Tetangga. Tujuan adalah untuk kebersihan, keceriaan dan persekitaran yang sihat apatah lagi menjelang program tazkirah Qurban pada 3 November 2011 dan jamuan daging Qurban pada 6 dan 7 November 2011 ini.


Terdapat juga dikalangan yang hadir itu turut membawa juadah untuk dinikmati bersama seperti roti canai, milo panas, keropok dan mee goreng.



Kawasan hadapan dewan.......




En. Fadzil bolot sorang-sorang kawasan dalam dewan...daripada mop hingga buang sawang....



Mak oiii.... beratnya.....



Operasi mencuci 2 buah peti ais untuk menyimpan daging qurban...


Sessi lapik perut .......





Kawasan laluan utama ni kena kasi clear sikit.....



Tu dia !!!.. Din JPJ dan Kamarol Osma sedang mencuci di kawasan setor.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin