KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Disember 17, 2011

** BERSANTAI DI CHALET TERAPUNG SEGANTANG GARAM, MERBOK **



Program santai bersama keluarga ini telah berjaya diadakan pada 15 - 16 Disember 2011, di Chalet Terapung Segantang Garam, Merbok, Kedah. Namun 2 minggu sebelum tiba tarikh program ini, seramai 55 orang peserta begitu teruja sekali apabila sibuk menyediakan kelengkapan yang bakal dibawa seperti makanan dan peralatan untuk memancing. Persiapan bermula pada awal pagi apabila urusan membeli barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayur dilakukan di Pasar Borong yang terletak berhampiran Taman Utama. Selesai membeli, barangan tersebut disiang dan diproses serta dipek dalam pelbagai kotak dan tong.


Peserta kemudiannya bertolak dengan menaiki kenderaan masing-masing pada jam 11.30 pagi menuju ke destinasi dan sampai pada jam 1.30 tengahari. Selepas makan tengahari pada jam 2.00 petang kesemua peserta kemudiannya mulai melontar joran mereka ke dalam air untuk memancing ikan di perairan tersebut. Aktiviti berterusan sehingga ke esokkan harinya. Ada peserta yang memancing sepanjang malam terutama golongan Jiran Muda. Ada yang tidur di chalet masing-masing, ada juga yang tidur di pelantar memancing sahaja.


KRT Taman Utama telah memperuntukkan RM 200.00 bagi tujuan penajaan makanan peserta, manakala kos sewaan chalet, serta perbelanjaan lain dikongsi bersama oleh peserta yang terlibat.



Blogger beraksi bersama joran yang dipinjam daripada bapa mertua .....He...he... blogger tak lontar walau sekali pun kail tu dalam air, hanya anak-anak saja yang memancing. Pancing kat market lagi senang..he...he...

En. Abdul Rashid memeriksa peralatan yang akan dibawa. Terima kasih kepada Pn. Rosni bt. Kasim, Pengerusi Jiran Wanita yang membenarkan kereta Triton beliau digunakan untuk membawa peralatan. Kalau tak ada kereta beliau, tak tahulah bagaimana nak membawa peralatan tersebut.


Jiran Muda dan Tunas Jiran beraksi di pintu masuk ke chalet.


Inilah En. Hamdan b. Awang, Pengurus Chalet Terapung Segantang Garam (berbaju hitam). Terima kasih En. Hamdan kerana sudi memberi potongan harga sewaan chalet kepada rombongan KRT Taman Utama.


Menu untuk makan petang, keropok lekor daripada Tanjong Dawai yang dibeli ketika dalam perjalanan pergi.


Gelagat Jiran Muda sewaktu memancing. Daripada jam 3.00 petang hingga ke waktu pagi mereka bersengkang mata dan begitu teruja dengan pancing dan ikan yang mereka perolehi.




Mr. Khoo dan isteri memancing dari chalet mereka.


Apahal Syafiq ? umpan banyak yang habis, tapi ikannya mana ???




Inilah rupa ikan duri yang banyak meragut umpan joran yang dilontarkan oleh peserta. Hanya ikan ini dan anak kerapu sahaja yang diperolehi oleh mereka kerana keadaan "air mati" pada tarikh tersebut menyebabkan ikan agak berkurangan menurut kata pekerja chalet ....


Peserta dibawa menyusuri sepanjang Sungai Merbok. Setiap trip perjalanan bot ini berharga RM 60.00 yang mampu membawa antara 12 hingga 16 orang penumpang dalam tempoh 40 minit berlayar.






Mr. Khoo Kek Hoo dan En. Abdul Rashid agak hampa kerana tiada ikan yang sudi menyambar umpan dari joran mereka.....he ..he.. lain kali kena guna umpan duit agaknya...


Bot yang membawa peserta sedang belayar menyusuri Sungai Merbok....


Atas & bawah : Gelagat peserta yang teruja apabila umpan mereka disambar ikan...




Anak teruna En. Abdul Rashid Omar, Mohd Syazwan begitu tekun membakar barbeque di atas pelantar. Beliau merupakan pemain bolasepak daripada Sek Men Tunku Anum yang sering muncul sebagai johan pelbagai pertandingan bolasepak peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan...


Mr. Khoo Kek Hoo dan En. Abd Rashid Abd Rahman sedang menyiang ikan untuk dimasak gulai dan sebahagiannya dijadikan sebagai umpan mengail.




Isteri Mr. Khoo turut membantu kerja-kerja di dapur. 1 Malaysia katakan.....


Jiran Muda perempuan tidak ketinggalan turut membantu memasak untuk makan malam...


Pn. Noorziah sedang menyediakan air asam untuk dicicah bersama ikan bakar...


Suasana di pelantar utama sewaktu kerja-kerja memasak untuk juadah makan malam.



Waktu makan malam..... Enak sekali menikmati makan malam dengan nasi, kueh, buah-buahan dan barbeque apatah lagi di atas pelantar terapung yang sesekali disapa bayu malam..... Mak oii jiwang abihhh...


Keluarga Mr. Khoo Kek Hoo. Maaf.... gambar kurang memuaskan kerana bateri slow.








Sedang merancang strategi bagaimana nak memancing ikan yang besar...


Lobby yang terdapat dalam setiap chalet yang dilengkapi dengan kemudahan bilik tidur, tandas, set TV, peralatan memasak dan peralatan untuk solat.


Sarapan pagi dengan nasi goreng, pulut ikan kering, kueh lopeh dan sandwich.


Kaum ibu sibuk menyiapkan menu utama mereka iaitu buah-buahan untuk dicicah garam belacan.....


Tunas Jiran teruja untuk melihat ikan yang bakal diperolehi oleh abang dan bapa mereka.


Merancang aktiviti untuk tahun 2012 sementara menunggu kail diragut ikan.





BERCANDA DI LATA TUPAH, MERBOK....


Setelah check out daripada chalet pada jam 10.00 pagi, kesemua peserta kemudiannya bertolak menuju ke tempat rekreasi Lata Tupah yang terletak kira-kira 15 kilometer daripada chalet ini. Di sini peserta mandi sepuas-puasnya air yang mengalir dari puncak Gunung Jerai. Kedinginan airnya hilang begitu sahaja apabila asyik bermain dengan air dengan pelbagai aksi dan cara mereka. Makanan untuk tengahari telah dimasak terlebih dahulu di chalet pada pagi tersebut. Tepat jam 3.15 petang kesemua peserta bertolak pulang ke Taman Utama dan selamat sampai ke rumah masing-masing pada jam 5.00 petang setelah meredah hujan lebat sepanjang perjalanan antara Yan dan Kuala Kedah.



Kesimpulannya, program selama 2 hari 1 malam ini telah berjaya menyatukan penduduk tanpa mengira peringkat umur, kaum dan jantina dalam menyelami erti perpaduan, permuafakatan, tanggungjawab dan nilai kemanusiaan dan kasih sayang sesama insan.


Jiran Muda sedang bercanda dalam air yang mengalir daripada Gunung Jerai di Lata Tupah. Seramai 4 orang daripada mereka ini sepatutnya menyertai kem di Kenari Nature Park pada hari tersebut setelah menerima tawaran daripada JPNIN Daerah Kota Setar, namun Pengerusi KRT Taman Utama terpaksa menolak tawaran itu kerana program santai ini telah dirancang hampir sebulan yang lalu dan peserta yang telah dicalunkan untuk menyertai kem tersebut pun, enggan menghadirinya kerana ingin menyertai program santai keluarga ini bersama rakan mereka yang lain.


Papan kenyataan yang memaklumkan setiap pelancung yang ingin mandi di kolam yang telah diempang dalam Sungai Tupah akan dikenakan bayaran RM1.00 untuk orang dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak. Bagi pandangan blogger tak sepatutnya bayaran tersebut dikenakan kerana kawasan tersebut adalah kawasan untuk awam. Resit pun tidak dikeluarkan. Kadar bayaran yang dikenakan akan mengurangkan kedatangan pelancung ke kawasan tersebut. Mungkin kerana bayaran inilah juga agaknya menyebabkan jumlah pelancung dari kalangan yang berkeluarga berkurangan datang ke kawasan ini menjadikan tempat ini menjadi kawasan paling sesuai bagi pasangan remaja melakukan aktiviti maksiat seperti yang hangat diperkatakan beberapa tahun lallu apabila tersebar video aksi skodeng maksiat di kawasan ini.




Yahooo......kalah Ian Thorpe rasanya aksi mereka ini.


Tunas Jiran mandi dikawasan yang cetek airnya.


Kaum ibu mengawasi anak-anak mereka yang mandi...





CHALET TERAPUNG SEGANTANG GARAM :

www.terapungchalet.com atau Facebook : Ppk Merbok


Dihujung sekali adalah chalet yang mempunyai kemudahan bilik mesyuarat


Pandangan chalet berlatar belakangkan Gunung Jerai.


Jambatan yang menghubungkan antara sesebuah chalet. Blogger suka mencadangkan kepada pihak pengurusan agar menyediakan perkhidmatan lampu sepanjang jambatan ini kerana agak gelap pada waktu malam. Lebih cantik jika turut diletakkan deretan pasu pokok bunga bagi menghiasi sepanjang jambatan ini.


Chalet yang menyediakan kemudahan hawa dingin yang berharga RM 150.00 dan mempunyai 2 buah bilik tidur serta sebuah bilik air .


Pelantar untuk memancing berharga RM 300.00 yang menyediakan kemudahan tempat untuk memasak, tandas, surau dan 2 buah bilik tidur. Perlu penjagaan daripada ibubapa terhadap kanak-kanak kecil bila berada di pelantar ini kerana pagar yang digunakan hanyalah diperbuat daripada tali sahaja. Lebih sesuai rasanya jika diperbuat daripada papan atau besi bagi mencegah kanak-kanak daripada tergelincir ke dalam air. Lebih cantik lagi jika diletakkan juga pasu bunga atau pokok hiasan di tepi pagar pelantar ini.

4 ulasan:

  1. Nampak best. InsyaAllah kami akan sampai di sini Mac 2012 ini.

    BalasPadam
  2. mcm menarik...gambar ikan yang dapat di kail tak der ker encik?letak la ckit..bagi kami ni kaki pemancing lebih tertarik ke sana.

    BalasPadam
  3. ikan kalau malam mmg sudah ler nak makan.tp kalau siang, insyaallah..ada pari dan siakap merah.terpulang pada yeng memberi rezeki jugak.

    BalasPadam
  4. Ad no telefon pengurus chalet ini x

    BalasPadam

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin