KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Disember 21, 2011

** TAKLIMAT DAN LATIHAN KAWAD PKS - RT **


Pada hari Rabu 22 Disember 2011, Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap telah mengadakan majlis taklimat dan latihan kawad kepada skuad Pasukan Khas Sukarelawan Rukun Tetangga ( PKS - RT ) dari daerah ini.


Majlis telah diadakan di Pusat Komuniti KRT Taman Mutiara, Jalan Putra, Alor Setar. Daripada seramai 33 orang anggota daerah ini hanya 20 orang sahaja yang hadir menyertainya. Anggota daripada KRT Taman Utama seramai 3 orang, telah hadir ketiga-tiganya iaitu En. Zahid b. Abdullah, En. Mohd Fadzil b. Ibrahim dan En. Abd Rashid b. Abdul Rahman.


Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari yang dipenuhi dengan taklimat daripada Pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar dan latihan kawad yang dikendalikan oleh Jabatan Pertahanan Awam.


Dari maklum balas yang diterima oleh blogger dari peserta PKS - RT ini, mereka mencadangkan agar diadakan latihan kawad secara berkala dan perlu diasingkan latihan kawad ini kepada beberapa kumpulan, dimana anggota yang telah mahir dan mempunyai pengalaman berkawad perlu diasingkan daripada mereka yang belum mempunyai latihan agar tidak menjejaskan penumpuan anggota yang telah mahir. Mereka berpendapat perlu diberikan lebih latihan kepada mereka yang tiada pengalaman itu sebelum, digabungkan bersama mereka yang telah mahir.


Team daripada KRT Taman Utama tidak mempunyai masalah kerana ketiga-tiga mereka adalah kakitangan daripada pasukan berunifom iaitu kakitangan Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara dan bekas anggota ATM.






Latihan dikendalikan oleh kakitangan wanita daripada JPA. Hmmm... syok la hampa... bawah panas terik pun tiada masalah kalau macam ni.... sudah la wanita, muda, cantik pulak tu .... he.. hee..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin