KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Disember 26, 2011

*** INOVASI GERAI TEH TARIK ***


Alhamdulillah, akhir tahun 2011, satu lagi inovasi berjaya dilaksanakan oleh KRT Taman Utama. Sewaktu bermesyuarat bersama pihak Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama untuk pelaksanaan majlis Asyura pada bulan November 2011 lalu, tercetuslah idea untuk menawarkan sumbangan berbentuk makanan kepada penduduk yang aktif bersama KRT Taman Utama dan Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama apabila mereka mengadakan kenduri perkahwinan. Pada awalnya beberapa menu telah dicadangkan seperti laksa, bubur kacang, tapai, ais kacang dan cendol, tetapi akhirnya teh tarik telah menjadi pilihan sebagai menu atau juadah yang akan ditaja oleh KRT Taman Utama dan Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama.


Kos yang dikeluarkan untuk penyediaan teh tarik pada setiap kenduri ialah RM200.00 yang akan dikutip dikalangan AJK KRT Taman Utama, Peronda SRS dan ahli Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama jika kewangan KRT kurang dana. Hasilnya, program inovasi teh tarik ini telah terlaksana apabila gerai teh tarik ini berjaya diadakan di rumah Tuan Haji Naharudin b. Ismail, ahli Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama yang melangsungkan perkahwinan anak perempuannya pada 24 Disember 2011 dan di rumah En. Mohd Noor b. Harun, AJK KRT Taman Utama yang melangsungkan perkahwinan anak lelaki beliau pada 25 Disember 2011.


Objektif diadakan gerai teh tarik ini ialah :

a) Menghargai sumbangan penduduk yang aktif bersama KRT Taman Utama & Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama.

b) Mempromosikan KRT Taman Utama & Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama.

c) Menyatukan penduduk dalam suatu majlis.

d) Menarik minat penduduk untuk menyertai aktiviti KRT Taman Utama & Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama.


Maklum balas yang diperolehi daripada penduduk dan tetamu yang hadir amatlah memberangsangkan. Mereka memuji usaha yang dilakukan ini dan menyatakan penajaan teh tarik ini adalah sesuatu yang belum pernah ditemui dimana-mana KRT lagi dan turut memuji keenakan rasa teh tarik ini yang telah dicampur dengan beberapa jenis teh biasa dan teh wangi serta turut memasukkan juga susu cair.


Teh tarik ini dijadualkan hanya akan beroperasi mulai jam 2.00 petang, namun kerana mendapat permintaan ramai daripada tetamu yang hadir, gerai ini terpaksa dibuka mulai jam 12.00 tengahari dan dalam tempoh 3 jam sahaja semua teh tarik daripada kos RM200.00 tersebut telah habis diminum, malahan Tuan Haji Naharuddin sendiri, selaku tuan rumah pada 24 Disember telah mengeluarkan peruntukan daripada poketnya sendiri untuk tambahan penyediaan teh tarik tersebut. Hmmm... tidak sia-sia inovasi teh tarik ini diadakan.


Terima kasih kepada petugas digerai ini yang terdiri daripada AJK KRT Taman Utama, Peronda SRS dan AJK Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama. Semoga khidmat dan tenaga yang diberikan mendapat ganjaran pahala disisi Allah hendaknya. Terima kasih juga kepada pihak tuan rumah dan penduduk yang turut memberikan kerjasama sewaktu aktiviti penyediaan teh tarik ini diadakan.



Sepanduk gerai.


Blogger bersama beberapa petugas gerai teh tarik.


Kerja-kerja menyediakan peralatan sedang dilakukan oleh petugas.


En. Bolki b. Bolhi, kakitangan Jabatan Pendidikan Kedah yang berasal daripada Sarawak turut membantu. Beliau menawarkan ruang hadapan rumahnya untuk dijadikan lokasi gerai teh tarik. Terima kasih En Bolki. Nampaknya program integrasi berjalan serentak sempena inovasi teh tarik ini.



En. Mohd Fadzil b. Ibrahim, Pegawai Jabatan Imigresen Bukit Kayu Hitam sedang melakukan sukatan teh dan susu. Jangan terlebih susu En. Fadzil, nanti kena potong kaki pulakkkk... kencing manis...


Master Chef, En. Zahid b. Abdullah menggayakan teh tarik goyang dangdut .....


En. Nik Riduan b. Nik Lah, petugas di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah sedang mencuba membuat teh tarik, manakala En. Jailani b. Sabran, kakitangan Jabatan Penjara Pokok Sena sedang melayani panggilan handphone. Terima order teh tarik ke atau terima panggilan hangit?....


Tu dia..... Jiran Usia Emas, Tuan Haji Abd. Hamid b. Hanafi menunjukkan skill beliau dalam membuat teh tarik. Beliau merupakan bekas pekerja restoran kedai makan. Sudah lama beliau meninggalkan bidang ini, bila melihat KRT menyediakan gerai ini beliau terus menawarkan diri untuk membantu.....


Blogger sedang menikmati teh tarik... Ummmp !! memang kaww punya....


Pengantin lelaki, iaitu menantu Tuan Haji Naharuddin, tidak mahu ketinggalan untuk menunjukkan skill beliau membuat teh tarikkkk....



Petugas sedang mengemaskini peralatan, sebelum memulakan tugas menjaga gerai pada hari ke dua.


Tuan Haji Abd. Hamid turun habis-habisan membuat teh tarik pada hari ke dua. Melepaskan gian katanya kerana lama tidak menarik teh.....


Pengantin lelaki, anak En. Mohd Noor b. Harun. Pengantin perempuan adalah orang Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin