Bersempena cuti umum pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 11 April 2012, beberapa orang AJK dan penduduk telah bergotong royong membersih dewan dan kawasan persekitarannya. Sasaran utama ialah dua buah bilik setor yang menempatkan peralatan milik KRT dan Pakatan Taman Utama.
Aktiviti yang melibatkan seramai 20 orang ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berlarutan hingga ke waktu petang. KRT menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang kepada mereka yang terlibat.
Bahana gempa bumi yang berlaku di Acheh turut dirasai oleh mereka yang menjalankan akiviti gotong royong ini apabila mengalami gegaran tersebut di dewan. Semoga peristiwa ini menimbulkan rasa keinsafan akan kebesaran Allah SWT kepada kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.