KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, April 15, 2012

** PROGRAM PENGAGIHAN TONG SAMPAH PERCUMA **

Mulai 1 September 2011, setiap premis kediaman di Negeri Kedah akan menerima sebuah Tong Sampah Beroda berkapisiti 120 liter bernilai RM120.00 secara PERCUMA oleh Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd, syarikat yang membuat pengambilan dan pelupusan sisa pepejal di Negeri Kedah. Proses pengagihan ini akan berterusan sehingga bulan Ogos 2014.


Pada bulan Mac 2012 lalu, blogger telah menghubungi pihak Environment Idaman bertanyakan jadual pengagihan tong sampah tersebut bagi Taman Utama. Blogger dimaklumkan bahawa Taman Utama belum disenaraikan untuk pengagihan tong sampah ini bagi tahun 2012. Blogger kemudian membuat permintaan susulan berikutan terjadi kes pencemaran sampah di Taman Utama kerana tong sampah yang sedia ada sering dibongkar dan diselongkar oleh anjing liar yang menyebabkan tong sampah terbalik dan sampah bertaburan di halaman rumah dan di atas jalan.



Alhamdulillah, permintaan blogger akhirnya dipenuhi apabila pada hari Sabtu, 14 April 2012 pihak Environment Idaman akhirnya datang membuat serahan tong sampah tersebut yang dijalankan di perkarangan Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. KRT Taman Utama telah ditugaskan untuk mengedarkan borang penerimaan kepada penduduk seminggu sebelum tarikh tersebut.


Setiap penduduk dikehendaki menyertakan bersama salinan kad pengenalan dan bil kegunaan harian seperti bil letrik atau bil air atau bil cukai pintu apabila datang menerima tong sampah. Beberapa AJK KRT Taman Utama telah dilantik sebagai urusetia bagi memudahkan pengagihan tong tersebut yang diasingkan mengikut blok kediaman yang berjumlah 17 blok kesemuanya. Alhamdulilah, proses pengagihan ini berjalan lancar. Program yang bermula pada jam 9.30 pagi telah berakhir pada jam 12.30 tengahari dimana hampir 90% penduduk telah datang mengambilnya.


KRT Taman Utama telah menyediakan sarapan pagi berupa nasi lemak dan kopi O serta teh tarik kepada urusetia dan pekerja daripada Environment Idaman, manakala kepada orang ramai disediakan minuman sejuk. Mengikut perancangan awal, KRT Taman Utama akan melabelkan kesemua tong tersebut mengikut nombor rumah apabila selesai pengagihan, bertujuan untuk keseragaman, namun hasrat ini tidak dapat dilaksanakan apabila ramai penduduk yang telah melabel sendiri tong tersebut apabila dibawa pulang ke rumah masing-masing.


Terima kasih diucapkan kepada pihak Environment Idaman di atas pemberian tong sampah ini. Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat membantu kelancaran program. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para penduduk yang sabar menunggu dan berbaris panjang dalam cuaca panas untuk mendapatkan tong ini. Semoga persekitaran Taman Utama akan ceria tanpa pencemaran sisa sampah lagi selepas ini.


NEGARA BERSIH, RAKYAT SIHAT !



Urusetia sedang berbincang sebelum memulakan tugas.

Pengerusi membuat ucapan aluan program.










Blogger bersama Pegawai Environment Idaman melakukan penyerahan rasmi kepada penduduk pertama yang datang menerima tong sampah.
En. Pissal b. Abu, Pegawai daripada Bhg Komunikasi dan Korporat Environment Idaman sedang memberikan taklimat khas sebelum pengagihan bermula.
AJK KRT Taman Utama sedang menerima kembali dan menyemak borang tuntutan tong sampah daripada penduduk.

Kakitangan wanita Environment Idaman melakukan semakan akhir dan merekod nombor siri pada setiap tong yang diserahkan.


Penduduk yang sabar dan tenang berbaris untuk mendapatkan tong.




Kakitangan Environment Idaman sedang memunggah tong daripada lori.















Label blok kediaman.


Kanak-kanak turut membantu menolak tong sampah daripada lori.


Okeyyy.. semua sudah beres ! Jom kita balikkk !!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin