KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, April 29, 2012

** MAJLIS TAKLIMAT RADIO SRS - WALKIE-TALKIE **


Bagi memantap dan memperkasakan SRS di Negeri Kedah, JPNIN Negeri telah menganjurkan suatu majlis Taklimat Radio SRS pada 21 April 2012 di Hotel Harvard, Gurun, Kedah. Semua KRT yang aktif dalam menjalankan aktiviti rondaan telah dijemput untuk menghadiri taklimat ini yang diakhiri dengan majlis penyerahan 3 set walkie talkie kepada SRS yang hadir.

Taklimat pengendalian walkie talkie ini telah disampaikan oleh anggota Kelab Radio Amatur Alor Setar. Taklimat bermula pada jam 10.00 pagi yang turut diadakan latihan cara pengendalian set peralatan tersebut dikalangan mereka yang hadir.

Turut hadir menyampaikan set walkie talkie dipenghujung majlis ialah En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah. Dalam ucapannya, beliau telah menasihatkan anggota SRS agar patuh dan akur kepada kaedah dan tatacara penggunaannya kerana peralatan tersebut terikat kepada peraturan dan undang-undang negara. Beliau juga mengharapkan agar peralatan tersebut dijaga sebaik yang mungkin kerana tidak semua SRS yang menerimanya kecuali yang aktif menjalankan rondaan sahaja.

KRT Taman Utama telah diwakili oleh Pengerusi dan 2 anggota SRS lagi iaitu En. Mohd Fadzil b. Ibrahim dan En. Abdul Rashid b. Abd Rahman. Ketua Peronda, En. Zahid b. Abdullah tidak dapat menghadirinya kerana pulang menguruskan kematian bapa mertuanya di Melaka.

Semoga dengan adanya set terbaharu ini akan lebih memantapkan rondaan dan menambahkan lagi semangat dikalangan anggota peronda SRS diseluruh Negeri Kedah. Terima kasih kepada Tuan Pengarah JPNIN Kedah kerana keprihatinan beliau terhadap SRS.

 
Peserta sedang membuat pendaftaran.
Slaid pengendalian waklie talkie.

Blogger bersama peserta lain sedang mendengar taklimat yang disampaikan.
3 set walkie talkie yang diterima oleh SRS KRT Taman Utama.

Anggota Radio Amatur Kedah sedang meyampaikan taklimat pengendalian walkie talkie
Peserta sedang memasang peralatan.
Manual penggunaan walkie talkie.
Peserta dari KRT Tanjong Bendahara.
Peserta sedang diberi tunjuk ajar tatacara mengendalikan walkie talkie.
Peserta dari KRT Taman Wira Mergong.





En. Mohd Fadzil dan En. Abdul Rashid sedang menguji peralatan yang diterima.
Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin berucap dimajlis penutupan.
En. Abdul Rashid sedang menerima peralatan daripada Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah.
Pegawai Perpaduan dari Daerah Kota Setar dan Daerah Pendang turut hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin