MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !
Tahun 2013 JPNIN Kedah telah menghantar 2 buah kontijen bagi menyertai perarakan kemerdekaan peringkat Negeri Kedah. Pasukan itu ialah pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Pasukan Khas Sukarelawan - RT yang mengandungi 33 orang bagi setiap kontijen.
Pasukan PKS-RT telah menjalani latihan kawad di Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu di Jitra, manakala Pasukan SRS melakukan latihan di KRT Taman Seri Marina, Kuala Kedah. Latihan dilakukan pada waktu malam.
 |
Latihan kawad untuk perbarisan perarakan kemerdekaan. |
 |
Sessi memilih pakaian untuk perarakan. |
Pada 31 Ogos 2013, blogger telah membawa beberapa orang Tunas Jiran menyaksikan perarakan kemerdekaan bagi menyaksikan dan memberi sokongan kepada 2 buah kontijen itu terutama kontijen PKS-RT kerana 3 orang Peronda SRS Taman Utama iaitu En. Zahid Abdullah, En. Abdul Rashid Abdul Rahman dan En. Mohd Fadzil Ibrahim turut menyertai kontijen ini.
 |
Tunas Jiran berbangga bersama kontijen PKS-RT. |
 |
Blogger bersama 3 anggota PKS-RT KRT Taman Utama. |
 |
Kakitangan JPNIN Kedah, En. Mohd Shafirul menyelia kontijen PKS-RT, manakala En. Abdul Halim menyelia kontijen Peronda SRS |
 |
Kontijen Peronda SRS. |
 |
Kontijen PKS - RT |
 |
Blogger berehat sebaik selesai majlis perarakan. |
Selesai majlis perarakan, blogger dan Tunas Jiran berehat seketika berhampiran pentas utama, tiba-tiba kenderaan yang membawa YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir berhenti betul-betul dihadapan blogger yang bersantai ditepi jalan. Ingatkan kereta tersebut mengalami kerosakan, rupa-rupanya YAB Menteri Besar telah berhenti untuk turun bersalaman dengan blogger dan orang ramai yang berdiri disitu. Apa lagi ramailah yang mengambil kesempatan bergambar dengan YAB MB !
 |
Bukannya senang nak berjumpa apatah lagi bergambar dengan MB! |
 |
YAB Datuk Paduka Mukhriz tidak keberatan untuk bergambar bersama Tunas Jiran Taman Utama. |
 |
Dewan KRT Taman Utama dihiasi dengan Jalur Gemilang. |
 |
Rumah Pengerusi KRT Taman Utama ! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.